Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Sunday, 19 May 2013

Objek Terbang Menyebabkan Seorang Murid Cedera dan Mengalami Pendarahan Teruk.




Baling : Seorang murid sekolah cedera dan mengalami pendarahan teruk apabila objek terbang mengenai mukanya ketika bersama 2 orang rakannya dalam perjalanan pulang ke rumah kira-kira jam
1.30 PTG selasa lalu.

Menurut Sinar Harian : Selepas beberapa minit menahan kesakitan, Mimi dibawa gurunya ke Hospital Baling seterusnya dihantar ke Hospital Sungai Petani.

Ditanya objek apakah yang mengenai mukanya itu, Mimi berkata, dia tidak tahu kerana terus rebah setelah objek tersebut mengenai mukanya.

“Tapi, kawan cakap, objek itu datang dari traktor mesin rumput kat padang. Mereka nampak objek itu keluar dari tayar traktor dan terus terbang ke arah kami.

“Dua rakan Mimi sempat elak, tapi Mimi tak nampak objek itu, sebab itu objek itu terus kena muka Mimi. Lagipun traktor itu tak berapa jauh dengan kami,” katanya.

Sementara itu, ibunya, Mazlina Md Desa, 40, berkata, doktor memaklumkan kedalaman luka anaknya itu hampir dua sentimeter dan terdapat sedikit retakan di bahagian tempurung kepala.
Menurutnya, anaknya itu akan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah dalam beberapa minggu lagi untuk pemeriksaan di kepala..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...