Pelbagai Cerita-Cerita Kehidupan Masyarakat Malaysia yang Boleh Dibaca Dan Dikongsikan Disini. Jadilah Anak-Anak Malaysia yang Bangga Dengan Agama, Budaya Dan Kehidupan Malaysia. Kami Sayang Malaysia.
Thursday, 9 May 2013
Perkembangan PETRONAS Menaikan Nama Malaysia di Brazil
Syarikat kuasai 40 peratus ekuiti dalam 2 lapangan di Campos Basin
PETRONAS membeli dua blok minyak di Brazil membabitkan pelaburan AS$850 juta (RM2.6 bilion).
Pembelian berkenaan juga penyertaan sulung syarikat minyak dan gas Malaysia dalam aktiviti penerokaan dan pengeluaran minyak di negara yang memiliki ant
ara rizab hidrokarbon terbesar di dunia itu.
PETRONAS, menerusi anak syarikatnya, PETRONAS Brasil E&P Limitada semalam mengumumkan membeli 40 peratus kepentingan dalam dua blok lapangan minyak luar pesisir di Campos Basin, yang dikenali sebagai Blok BM-C-39 dan BM-C-40. Dengan perkembangan ini PETRONAS terus mengukuhkan kedudukan sebagai antara syarikat minyak dan gas terkemuka dunia.
Tahniah kepada PETRONAS yang telah banyak menaikan nama Malaysia dalam penghasilan minyak dan gas di mata dunia. Perkembangan ini juga sedikit sebanyak dapat memajukan ekonomi negara kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment