Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Showing posts with label isreal. Show all posts
Showing posts with label isreal. Show all posts

Thursday, 31 July 2014

AS bekal senjata untuk Israel

AS bekal senjata untuk Israel

TEL AVIV - Amerika Syarikat (AS) semalam membenarkan Israel menggunakan stok simpanan peluru milik mereka ketika serangan makin memuncak di Genting Gaza.

Seorang pegawai tentera AS berkata,  stok penimbal terdiri daripada peluru berpandu, kereta perisai dan peluru meriam telah diberikan kepada Israel sejak minggu lalu.

Menurut Press TV/Al Arabiya/East Monitor, pemberian itu adalah sebahagian daripada program kendalian AS dikenali sebagai War Reserves Stock Allies-Israel (WRSA-I).

“Israel belum meminta bantuan dari Washington namun kami sedia memberikan bantuan aset ketenteraan sebagai sokongan dalam peperangan ini,” katanya.

Penggubal undang-undang AS berkata, mereka sudah menyediakan aset sistem pemintas peluru berpandu Iron Dome.

Minggu lalu, Setiausaha Pertahanan AS Chuck Hagel menghantar surat kepada kepimpinan Kongres meminta AS$225 juta (RM720 juta) untuk pembiayaan tambahan  kepada Israel.
Sementara itu, Hamas mempelawa Hezbullah di Lubnan menyertai pejuang Palestin.

Timbalan Pengerusi Biro Politik Hamas, Abu Marzouk berkata, gabungan antara Hamas dan Hezbullah diyakini mampu membentuk barisan pejuang mantap.

Awal bulan lalu, pemimpin Hezbullah, Sayyed Hassan Nasrallah pernah menghubungi pemimpin Hamas, Khaled Meshaal untuk menyatakan kesediaan  untuk membantu pejuang Palestin menempuhi peperangan ini.

Amerika Isreal

Amerika dan Israel paksi kejahatan global

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengecut tentera rejim Israel yang membedil sekolah perlindungan pelarian PBB di Gaza  ketika kanak-kanak sedang tidur di dalam kem tersebut.

"Dengan kenyataan yang sama kami mengecam keras Amerika Syarikat yang mengumumkan akan  membekal senjata baru untuk rejim Israel untuk meneruskan serangan membunuh warga awam di Gaza termasuk kanak-kanak dan wanita sedangkan dalam masa yang sama Presiden Obama mengesa supaya segera diadakan gencatan senjata," ujar Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengecut tentera rejim Israel yang membedil sekolah perlindungan pelarian PBB di Gaza  ketika kanak-kanak sedang tidur di dalam kem tersebut.

Dengan kenyataan yang sama kami mengecam keras Amerika Syarikat (AS) yang mengumumkan akan  membekal senjata baru untuk rejim Israel untuk meneruskan serangan membunuh warga awam di Gaza termasuk kanak-kanak dan wanita sedangkan dalam masa yang sama Presiden Obama mengesa supaya segera diadakan gencatan senjata.

Digabungkan kedua negara ini, dunia tidak perlu ragu-ragu merumuskan bahawa AS dan Israel adalah paksi kejahatan global yang sebenar.

Laporan rejim Israel membedil untuk kali kedua sekolah PBB sama sekali tidak boleh dimaafkan. Ia menunjukkan keganasan paling barbarik membunuh secara massa orang awam  yang dilancar oleh tentera Israel ke atas Gaza atas nama Operation Protective Edge.

Dalam kata-kata Ban Ki Moon, Setiausaha Agong PBB sendiri  "semua bukti menunjukkan Israel yang bertindak ganas dan ini adalah perbuatan ganas yang paling memalukan".

Kami menegaskan sekali lagi tidak ada pilihan lain melainkan melancarkan respons ketenteraan ke atas rejim zionis Israel. Keganasan rejim Israel hanya boleh disekat dengan tindakan tentera.

PBB tidak boleh membiarkan keganasan paling zalim oleh perbuatan tidak bertamadun Israel ini lepas begitu sahaja. Perbuatan rejim Israel mesti dihukum dengan hukuman paling berat.

Ketua agensi PBB untuk pelarian, UNRWA  sendiri menyatakan kini bukan lagi operasi kemanusiaan tetapi  beralih ke operasi menyiasat jenayah perang yang dilakukan oleh rejim Israel tanpa belas kasihan.

Kami menyatakan kecaman kami yang tegas terhadap PBB yang tidak bertindak. Dengan hanya mengeluarkan kenyataan mengutuk terhadap Israel yang dikeluarkan oleh sebuah agensi dunia, tidak mencukupi. Malangnya bilangan mayat semakin bertambah sehingga hari ini. Akibatnya keganasan zionis Israel telah membunuh lebih dari 1,300 orang kebanyakannya orang awam dan PBB masih terus hanya bersidang dan tidak lebih dari itu.

Kini wibawa PBB  tercabar untuk memaksa Israel menghentikan keganasannya. Sekiranya PBB masih menunda untuk bertindak menyekat Israel, maka kewujudan PBB tidak lagi bermakna.

Kebanyakan negara di dunia mengutuk perbuatan rejim Israel tetapi tidak seorangpun yang menggesa PBB menghantar tentera pengaman untuk melindungi nyawa orang awam di Gaza.

Apakah yang dilakukan agensi antarabangsa yang lain? Kenapa agensi-agensi itu tidak bertindak menghentikan pembunuhan kejam rejim zionis Israel ini?

AS adalah dalang utama dalam keganasan ini. AS yang merestui perlakuan barbarik Israel. AS yang membekalkan senjata tentera bernilai berbilion dolar untuk Israel menggunakannya membunuh rakyat Palestin. Dalam operasi yang sudah membunuh, mencedera dan menghancurkan seluruh infrastruktur  Gaza, AS bertanggungjawab sepenuhnya.

Kami menggesa supaya dunia bangkit menentang mafia dunia, AS dan Israel. Kedua negara ini perlu didedahkan sebagai paksi kejahatan paling utama dalam dunia dan semua kerajaan mesti berani menentang kedua negara ini.

Kami menegaskan semula agar Sidang Khas Parlimen Malaysia mesti diadakan untuk mengusulkan resolusi khas mengutuk kekejaman Israel dan juga mengusulkan supaya PBB mangadakan sidang khas untuk memecat negara haram Israel dari PBB dan mengisytiharkan sekatan ekonomi dan perdagangan ke atas Israel. - HARAKAH

Yayasan Al-Aman sumbang RM100,000 bantu Palestin

Yayasan Al-Aman sumbang RM100,000 bantu Palestin


KOTA KINABALU - Yayasan Al-Aman hari ini menyerahkan sumbangan sebanyak RM100,000 untuk membantu rakyat Palestin yang kini menderita akibat angkara kekejaman rejin Zionis di wilayah Gaza.

Penaung yayasan berkenaan, Datuk Seri Musa Aman, menyerahkan sumbangan itu kepada Duta Palestin di Malaysia, Dr Anwar H Al Agha pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediaman Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan di sini.

Musa, yang juga Ketua Menteri Sabah, berkata beliau menghargai kesudian Abdul Rahman membawa duta itu ke majlis tersebut bagi membolehkan beliau menyerahkan secara terus sumbangan untuk penduduk Palestin.

Pada majlis itu juga, Abdul Rahman, turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Anwar menerusi Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Teo Chee Kang dan pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri. - Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...