Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Showing posts with label kaya. Show all posts
Showing posts with label kaya. Show all posts

Friday, 4 July 2014

Peluang Perniagaan Bermula RM68

Menukar mimpi menjadi realiti...

Ketahui dengan lebih lanjut bagaimana Peluang Perniagaan Keemasan ZHULIAN begitu memberi harapan untuk mencipta ribuan Pengedar berjaya; memberikan pertumbuhan peribadi dan latihan kepimpinan; meningkatkan pengkayaan kerjaya dan menghasilkan peluang gaya hidup yang lebih baik untuk kejayaan dan pencapaian tanpa batasan. Ketahuilah tentang segala faedah, ganjaran dan insentif yang menanti anda sejurus anda menyertai keluarga ZHULIAN yang pesat membangun dan jadilah sebahagian daripada organisasi pencapai tertinggi yang berkeupayaan merubah cabaran dan rintangan sukar kepada kejayaan tiada had!

Peluang Perniagaan Keemasan ZHULIAN adalah peluang unik yang memimpin laluan anda menuju kejayaan yang tiada taranya – memberikan kunci untuk anda merealisasikan impian terhebat dan memastikan masa depan anda dipenuhi harapan, cita-cita dan pencapaian.

Bagaimana Untuk Bermula ?

Langkah pertama ke arah masa depan yang lebih cerah...

Sebagai Pengedar ZHULIAN, anda akan dapat menikmati peluang tidak terhad untuk gaya hidup berkeistimewaan yang tiada taranya serta masa depan yang lebih cerah lagi berganjaran untuk anda dan insan-insan yang disayangi!

Di sini adalah ringkasan bagaimana anda boleh menjadi Pengedar ZHULIAN.

1.Untuk mendaftar sebagai Pengedar ZHULIAN, anda mestilah berwarganegara Malaysia, sekurang-kurangnya berusia 18 tahun dan ke atas, dan mestilah ditaja oleh Pengedar ZHULIAN yang masih aktif. Anda perlu mengisi butiran yang perlu di dalam Borang Permohonan Hak Pengedaran yang boleh diperolehi dari mana-mana Agensi ZHULIAN atau penaja anda  
2. Semasa menyerahkan Borang Permohonan Hak Pengedaran yang lengkap diisi, anda perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM68.00 bagi Malaysia Barat dan RM74.00 bagi Malaysia Timur, kepada Agensi bertauliah. Agensi bertauliah akan mengeluarkan resit sementara yang tertera nombor TRN (Nombor Pendaftaran Sementara) anda yang boleh digunakan untuk membuat pembelian mana-mana produk ZHULIAN di Agensi. Kit Perniagaan ZHULIAN baru akan turut diberikan oleh Agensi bertauliah kepada anda.  
3.Agensi bertauliah akan menghantar pemohonan anda secara 'online' ke Ibu Pejabat Antarabangsa ZHULIAN di mana semua pemohonan hak pengedaran akan diproses. Anda akan menerima Kad Kebenaran Pengedaran yang tertera DRN (Nombor Pendaftaran Pengedar), yang akan dihantar melalui pos dalam tempoh EMPAT BELAS (14) hari jika pemohonan anda berjaya. Kad Kebenaran ini membenarkan anda terlibat secara aktif di dalam Perniagaan ZHULIAN dengan berkongsi peluang bersama keluarga, sanak-saudara, rakan dan taulan.  

Faedah-faedah yang selayaknya buat anda bergantung kepada komitmen dan prestasi anda melalui penjualan produk ZHULIAN dan menduplikasi usaha anda kepada downline berdasarkan Prinsip 3S (Selling – Menjual, Sponsoring – Menaja dan Service – Perkhidmatan) serta tertakluk kepada prosedur, syarat dan peraturan Syarikat seperti yang termaktub di dalam Panduan Perniagaan Keemasan ZHULIAN. Memahami tanggungjawab anda adalah sama pentingnya denagn memahami hak anda sebagai Pengedar demi mencapai kejayaan dalam perniagaan ini. ZHULIAN menggalakkan dan mengingatkan semua Pengedar agar:

Membaca, menahami dan mematuhi semua syarat dan peraturan PANDUAN PERNIAGAAN KEEMASAN ZHULIAN.Mencapai PV Peribadi sekurang-kurangnya 300 bagi menikmati faedah dan insentif seperti yang termaktub di dalam PELAN PERNIAGAAN KEEMASAN ZHULIAN.Memastikan hak pengedaran anda sah. Hak pengedaran anda sah untuk 12 bulan sahaja. Sila rujuk SYARAT 3 di dalam Syarat dan Peraturan Pengedar untuk prosedur pembaharuan.•Memastikan anda mendapat Cash Bill / Cash Sale yang berkenaan dan sah untuk setiap transaksi yang dibuat di agensi kerana hanya dokumen cetakan komputer ADS dianggap sebagai dokumen rasmi yang menjadi bukti transaksi. Syarikat tidak akan melayan sebarang rungutan berkaitan kehilangan data atau jualan yang tidak direkod tanpa dokumen rasmi sebagai bukti.

Kisah Benar Kejayaan Yang Telah Menjadi Jutawan

Daftar Keahlian Sekarang 0182848851 (Zul)

Agen Zhulian Petaling Jaya Utara Nombor Satu Yang Terbaik Di Seluruh Asia Tenggara

Thursday, 27 February 2014

Carta Orang Terkaya Malaysia 2014/2015

Info : www.utusan.com.my

Robert Kuok kekal terkaya - Forbes

KUALA LUMPUR 27 Feb. - Buat kali kesembilan berturut-turut, Tan Sri Robert Kuok, 90, berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai rakyat Malaysia terkaya, menurut Senarai Orang Kaya terkini oleh majalah Forbes.

Kuok kekal di kedudukan itu sejak 2006, apabila majalah itu mula menyenaraikan rakyat Malaysia dalam keluarannya. Nilai kekayaan beliau ialah AS$11.5 bilion (RM37.67 bilion), tetapi menurun AS$1 bilion (RM3.28 bilion) berbanding tahun lalu.

Beliau memiliki rangkaian perniagaan dalam sektor minyak sawit, perkapalan, media, hotel dan hartanah.

Rakyat Malaysia kedua terkaya ialah Tan Sri Ananda Krishnan yang juga berjaya mengekalkan kedudukannya dengan nilai kekayaan AS$11.3 bilion (RM37.01 bilion). Kekayaan beliau juga merosot berbanding AS$11.7 bilion (RM38.32) sebelum ini.

Beliau mempunyai kepentingan di dalam syarikat telekomunikasi, Maxis, stesen televisyen berbayar Astro dan tenaga.

Ketiga ialah jutawan kasino, Lim Kok Thay, yang mengetuai Genting Group dengan mempunyai rangkaian pusat peranginan beserta kasino di Bahamas, London, Singapura, Malaysia, Filipina dan New York. Kekayaannya bernilai AS$6.5 bilion (RM21.29 bilion), juga merosot daripada AS$6.6 bilion (RM21.62 bilion) tahun lalu.

Pengerusi Hong Leong Co. (Malaysia), Tan Sri Quek Leng Chan berjaya menduduki tempat keempat dengan nilai kekayaan AS$6.4 bilion (RM20.96 bilion) iaitu peningkatan mendadak daripada AS$1.6 billion (RM5.24 bilion) sebelum ini.

Dengan itu, beliau merupakan individu yang berjaya meningkatkan kekayaannya terbesar dalam tempoh setahun. Antara rangkaian perniagaannya ialah Hong Leong Financial Group, Guoco Group dan Lam Soon.

Selain itu, adik-beradik Shahril dan Shahriman Shamsuddin yang berada di tempat ke-11 berjaya meningkatkan kekayaan mereka kepada AS$1.4 bilion (RM4.59 bilion) daripada AS$1.05 bilion (RM3.44 bilion) sebelum ini.

Peningkatan itu didorong oleh perolehan SapuraKencana Petroleum yang dijangka mencecah RM996 juta bagi tahun 2014 selain pasaran sahamnya yang meningkat 55 peratus dalam tempoh setahun lalu.

Meskipun tahun lalu menyaksikan prestasi Ringgit Malaysia jatuh, namun bilangan orang kaya yang tersenarai dari Malaysia telah meningkat berbanding tahun lalu.

Antara individu yang baharu tersenarai ialah Surin Upatkoon yang mempunyai kerakyatan Thailand tetapi telah lama menetap di Malaysia. Beliau berada di tempat ke-13 dengan kekayaan sebanyak AS$1.3 bilion (RM4.26 bilion). Kekayaannya meningkat 61 peratus selepas menjual sebahagian besar keptningannya di dalam Thai Telecom InTouch.

Datuk Mokhzani Mahathir berada di tempat ke-15 dengan nilai kekayaan AS$1.2 bilion (RM3.93 bilion) selepas nilai saham minyak dan gas yang dimilikinya meningkat 22 peratus.

Individu lain yang tersenarai ialah ahli perniagaan hartanah, Danny Tan Chee Sing di tempat ke-16 dengan nilai kekayaan AS$1.15 bilion (RM3.77 bilion), Goh Peng Ooi di tempat ke-17 dengan AS$1.1 bilion (RM3.6 bilion), disumbangkan oleh peningkatan nilai saham syarikat perisiannya, Silverlake Axis.

Kebanyakan orang kaya yang baru tersenarai terlibat di dalam sektor pengeluaran sarung tangan dan perkhidmatan minyak dan gas (O&G).

Sementara itu, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim berada di tempat ke-31 dengan kekayaan AS$560 juta (RM1.84 bilion) yang mengetuai syarikat penyedia perkhidmatan helikopter kepada industri O&G, Weststar Aviation.

Diikuti Lim Kuang Sia (ke-34, RM1.41 bilion, Kossan Rubber) Ling Chiong Ho (ke-35 RM1.4 bilion, Shin Yan Group), Teoh Beng Seng (ke-41, RM1.03 bilion, Zhulian Corp), Tan Chin Nam (ke-46, RM792 juta, Wah Seong), Lim Han Weng (ke-47, RM775 juta, Yinson Holdings), Freddy Lim Nyuk Sang (ke-48, RM759 juta Kretam Holdings), Stanley Thai (ke-49, RM742 juta, Supermax) dan Robert Tan (ke-50, RM726 juta, IGB Corp). - BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...