Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Showing posts with label mh17. Show all posts
Showing posts with label mh17. Show all posts

Thursday, 31 July 2014

Kenyataan Najib isu tragedi MH17

Kenyataan Najib isu tragedi MH17

THE HAGUE - Berikut ialah kenyataan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada taklimat akhbar bersama dengan Perdana Menteri Belanda Mark Rutte mengenai tragedi pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17:

"Seperti Netherlands, Malaysia kini berkabung. Kita berkabung atas kehilangan kesemua 298 jiwa dalam pesawat MH17.

"Dan ketika kita menyaksikan kumpulan mayat pertama tiba di Eindhoven, perasaan kita meruntun untuk rakyat Netherlands, yang menanggung kehilangan besar.

"Bendera yang berkibar separuh tiang menceritakan kisah tersendiri: tentang negara-negara yang kehilangan anak-anak bangsa. Dan kita bertekad untuk bekerja sama bagi membawa pulang semua mayat ke tanah air masing-masing. 

"Malaysia bangkit bersama Netherlands, bersama Australia; bersama semua negara yang kehilangan rakyat masing-masing. Kita tegak bersama, bersatu dalam kesedihan, dan sedia membantu dengan apa jua cara.     

"Terdahulu, Perdana Menteri Rutte dan saya bercakap mengenai aktiviti ketenteraan yang berterusan di kawasan nahas; ketidakupayaan penyiasat antarabangsa memasuki kawasan itu; dan mayat manusia yang mungkin masih terdampar di sana.

"Demi keluarga mangsa, adalah penting semua mayat dibawa keluar dengan secepat mungkin dari kawasan nahas itu.

"Setiap mangsa harus diberi pengebumian yang penuh bermaruah dan sewajarnya," kata beliau.

Menurutnya, keutamaan Malaysia dan Netherlands ialah untuk memastikan para penyiasat antarabangsa diberi akses penuh ke kawasan nahas supaya mereka boleh mengumpul bukti dan melakukan kerja-kerja penting.

"Dengan itu, semua negara terbabit dalam penyiasatan itu dapat merungkai apa sebenarnya yang berlaku kepada MH17; dan hanya dengan itu kita akan mencapai keadilan bagi mangsa dan keluarga mereka", kata Perdana Menteri Malaysia itu. 

"Konflik di Ukraine timur mungkin tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Tetapi orang-orang dalam pesawat berkenaan tidak ada kena mengena dengannya.

"Kita menggesa agar dihentikan segera pertempuran di dalam dan sekitar kawasan nahas pesawat - oleh kedua-dua pihak, tentera Ukraine dan puak pemisah. - Bernama

"Kita meminta semua pihak agar menghormati mangsa yang terkorban dan kewibawaan kawasan nahas itu bagi membolehkan penyiasatan dimulakan.

"Perjalanan jauh menuju keamanan bermula dengan langkah ini," kata Najib.

"Sepasukan 68 polis Malaysia tiba di Kiev hari ini. Mereka akan bekerjasama dengan pasukan Belanda dan Australia bagi mendapatkan akses ke lokasi berkenaan. 

"Malaysia menyokong penuh penyiasatan antarabangsa, dan kita berterima kasih kepada Netherlands kerana peranan utamanya dalam pasukan antarabangsa.   

"Mengeluarkan mayat mangsa secepat mungkin adalah prioriti bersama. Pakar-pakar Malaysia sudahpun membantu di sini, di Netherlands dengan tugas sukar melakukan identifikasi dan kita sedia menghulurkan lebih banyak bantuan jika diperlukan.   

"Bagi pihak Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Rutte dan rakyat Belanda atas segala apa yang telah mereka lakukan, dan terus lakukan, untuk mangsa tindakan yang tidak bertimbang rasa dan tragik ini. - Bernama

Info : Sinar Harian

MH17: 70 keranda mayat lalui proses DVI

MH17: 70 keranda mayat lalui proses DVI

AMSTERDAM, 31 Julai:

Sejumlah 70 keranda mayat mangsa pesawat MH17 yang terhempas telah diperiksa untuk proses forensik dan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) di fasiliti ketenteraan di Hilversum.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata daripada 227 keranda yang diterbangkan dari Kharkiv, Ukraine, sehingga semalam 70 keranda telah dibuka.

“Berdasarkan kepada pasukan DVI kami di fasiliti itu, dijangka proses itu boleh diselesaikan dalam tempoh dua atau tiga minggu,” katanya kepada pemberita Malaysia hari ini.

Dr Subramaniam berkata kementerian itu telah mengumpulkan semua cap jari, DNA dan rekod pergigian untuk 43 warganegara Malaysia yang menaiki MH17.

Beliau berkata rekod pergigian itu siap minggu lepas manakala cap jari dikumpulkan daripada Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran.

“Semua data rekod telah dimuat naik ke sistem penyiasatan Interpol di Belanda untuk pramortem,” katanya.

Dr Subramaniam menjelaskan kementerian itu juga telah mengumpulkan DNA saudara-mara di Malaysia untuk keluarga yang terdiri daripada ibu dan bapa serta anak mereka, yang terkorban dalam tragedi itu.

Ketiga-tiga mangsa yang berasal dari Malaysia, tinggal di Belanda dan Australia.

Beliau berkata semasa lawatan kerja dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Amsterdam, kementerian itu akan menawarkan bantuan kepada Belanda untuk mempercepatkan proses DVI.

Info : http://bm.therakyatpost.com

Wednesday, 30 July 2014

MH17 Maklumat Kotak Hitam Diberi Kepada Belanda

MH17: Maklumat kotak hitam diserahkan kepada Belanda

LONDON 30 Julai - Maklumat daripada kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di timur Ukraine telah diserahkan kepada kerajaan Belanda dan keputusan awal analisis insiden itu dijangka dikeluarkan pada minggu depan, lapor sumber kerajaan Britain.

Minggu lalu, kotak hitam pesawat itu dihantar oleh Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) kepada Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) Britain untuk proses memuat turun dan menganalisis data.

“Keutamaan masih tertumpu pada misi membawa masuk pakar antarabangsa ke lokasi nahas bagi mencari saki-baki mayat dan barangan milik mangsa, selain membolehkan pasukan penyiasat menilai keadaan kawasan dan serpihan pesawat MH17," kata sumber berkenaan. - AGENSI

Artikel Penuh: Utusan Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...