Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Friday 3 May 2013

Belajar cara² untuk mengundi dengan betul (PRU13-Membantu Rakyat Mengundi)



Syarat-syarat untuk mengundi :

A.                  Membawa kad pengenalan
B.                  Berpakaian tanpa lambang parti
C.                  Jari mestilah tiada kesan dakwat (Jika ada bermakna sudah mengundi)

7 langkah untuk mengundi :

Pertama : Beratur dan masuk ke dewan apabila dibenarkan.
Kedua : Serahkan kad pengenalan untuk disemak. (Kerani pertama)
Ketiga : Letakkan tangan atas pad dakwat kekal. (Kerani Kedua)
Keempat : Dapatkan Kertas undi. (Kerani Ketiga) *tidak perlu memilih² kertas undian
Kelima : Jalan ke petak undi dan memangkah pilihan anda. *pilih satu calon sahaja
Keenam : Masukkan kertas undi ke dalam petak yang betul
Ketujuh : Beredar dari tempat mengundi secepat yang mungkin. 
                      *untuk memberi orang lain mengundi dengan segera

Jika Masih kurang jelas cara untuk mengundi, rujuk pada video ini atau orang yang pernah mengundi sebelum ini seperti ibubapa anda, rakan-rakan dan sebagainya. Anda juga boleh bertanya pada pegawai yang bertugas.


*Jangan lupa untuk tunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia. Pergilah mengundi untuk menjamin masa depan negara. Semoga Berjaya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...