Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Friday 10 April 2015

UPM cipta teknologi gelombang ultrabunyi hasilkan roti berkualiti

Dr. Chin Nyuk Ling (kiri) bersama ahli kumpulan penyelidik, Dr. Nasrul Fikri Che Pa (dua dari kiri), Dr. Tan Mei Ching (dua dari kanan) dan Dr. Yus Aniza Yusof menunjukkan pingat dan sjil pengiktirafan hasil penyelidikan ciptaan teknologi gelombang ultrabunyi untuk mengawal pengudaraan tekstur bakeri pada sidang akhbar di Fakulti Kejuruteraan UPM, Serdang, semalam.

KUALA LUMPUR 8 April – Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya mencipta teknologi gelombang ultrabunyi yang mampu mengawal pengudaraan tekstur bakeri seperti roti dan kek bagi meningkatkan kualiti produk tersebut.

Penyelidiknya, Prof. Madya Ir. Dr. Chin Nyuk Ling berkata, teknologi yang diberi nama Sistem Penggaulan (Pengadunan) Berbantukan Tenaga Ultrabunyi itu dihasilkan untuk

Anak syarikat RISDA catat prestasi cemerlang

KUALA LUMPUR 9 April - Tiga anak syarikat RISDA - Espek Sdn. Bhd. (ESPEK), Espek Livestock Sdn. Bhd. (ELSB) dan Espek Plantations Sdn. Bhd. (EPSB) - mencatat prestasi kewangan, tadbir urus korporat dan pengurusan kewangan yang baik.

ESPEK sebagai ejen pengurusan ladang kelapa sawit, getah dan kilang RISDA mencatat keuntungan selepas cukai berterusan bagi lima tahun berturut-turut sejak 2009 hingga 2013, daripada RM1.59 juta kepada RM4.11 juta dengan jumlah terkumpul sebanyak RM 21.78 juta.

Namun, keuntungan ladang pada 2011 berjumlah RM146.22 juta, menurun kepada RM111.45 juta pada 2012 dan susut 53 peratus kepada RM52.33 juta disebabkan kejatuhan harga jualan buah tandan segar selain kos operasi meningkat.

Sehubungan itu, Jabatan Audit mengesyorkan ESPEK mengurangkan kos operasi selain memberi

Bintang Bollywood gegar Bukit Jalil

Kuala Lumpur: Pelakon terkenal Bollywood, Bipasha Basu antara yang akan mengadakan persembahan di Anugerah Akademi Filem Antarabangsa India (IIFA) ke-16 di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini, pada 7 Jun depan.


Menurut Bipasha, dia gembira kerana dapat membuat persembahan kepada peminatnya di sini.
“Ketika IIFA diadakan di Macau pada 2009, saya demam tetapi tetap membuat persembahan kerana

Mangsa simbahan asid tuntut pembelaan

Butterworth: Mangsa serangan asid Azri Abdullah, 47, yang kini buta, berterima kasih kepada Pejabat Peguam Negara kerana membuka semula kes membabitkan dirinya selepas ia diklasifikasikan sebagai tiada tindakan selanjutnya (NFA) sejak enam tahun lalu.

Peguam Azri, Anbananthan Yathiraju berkata, menyedari perkara itu dia kemudian menghantar surat kepada pejabat peguam negara supaya dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar membuka semula kes itu.



"Hasilnya suspek kes itu dituduh di Mahkamah Sesyen Butterworth pada 25 Mac lalu.

"Selepas pertuduhan dilakukan hakim kemudian memutuskan 23 April depan sebagai tarikh sebutan

Lemas di tasik

Johor Bahru: Lelaki berusia 21 tahun ditemui lemas dalam tasik di Jalan Bukit Impian Taman Impian Emas, di sini, 5.55 petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Superintendan Beh Eng Lai berkata, mangsa dikenali sebagai M Kumuthan dikatakan ke tasik berkenaan untuk memancing bersama lima lagi rakannya pagi tadi.

Bagaimanapun, katanya, sekitar 2 petang, mangsa memaklumkan kepada rakannya untuk mandi sebelum berenang ke tengah tasik.

"Sampai di tengah tasik mangsa terkapai -kapai sebelum tenggelam dan rakannya bergegas ke balai polis Skudai. Pasukan skuba Balai Bomba Larkin kemudian dihubungi untuk membantu.
"Tiada kecederaan pada badan mangsa dan kaki si mangsa terikat tali halus dipercayai tersangkut tali pancing ketika berenang, " katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Oleh Mohamad Fahd Rahmat
Fahd@hmetro.com.my
Harian Metro
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...