Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Friday 10 April 2015

Bintang Bollywood gegar Bukit Jalil

Kuala Lumpur: Pelakon terkenal Bollywood, Bipasha Basu antara yang akan mengadakan persembahan di Anugerah Akademi Filem Antarabangsa India (IIFA) ke-16 di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini, pada 7 Jun depan.


Menurut Bipasha, dia gembira kerana dapat membuat persembahan kepada peminatnya di sini.
“Ketika IIFA diadakan di Macau pada 2009, saya demam tetapi tetap membuat persembahan kerana
mahu menggembirakan hati peminat," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Sementara itu, seorang lagi bintang Bollywood, Anil Kapoor berkata, dia tidak sabar menantikan anugerah berkenaan kerana ia ibarat perhimpunan besar seluruh penggiat seni di Bollywood.
Katanya, IIFA juga boleh diibaratkan seperti sambutan Deepavali dan Krismas kerana ketika itu semua meluangkan masa untuk berjumpa dan mengeratkan persahabatan.

"Selepas bekerja keras sepanjang tahun, IIFA adalah ruang terbaik untuk berehat dan meraikan kejayaan.

"Malaysia juga antara negara yang sering menerima kunjungan pelancong dari India dan saya yakin jumlahnya akan bertambah dengan penganjuran IIFA di sini, tahun ini, " katanya .

Sempena anugerah itu, konsert Bollywood Rock Night akan di Istana Budaya, di sini, pada 5 Jun dan tayangan perdana filem Dil Dhadakne Do lakonan Ranveer Singh, Priyanka Chopra, Anil Kapoor, Shefali Shah, Farhan Akhtar dan Anushka Sharma keesokannya di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Antara pelakon yang sudah mengesahkan kedatangan mereka ke IIFA tahun ini ialah Dia Mirza, Sridevi, Parineeti Chopra, Arjun Kapoor, Boney Kapoor, Fawad Khan dan Jacqueline Fernandez.
Ini adalah kali kedua IIFA diadakan di Kuala Lumpur selepas penganjuran kali pertama pada 2002.

Oleh Nor Akmar Samudin 
akmar@hmetro.com.my
Harian Metro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...