Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Tuesday 21 May 2013

Eina Azman kata ibu Afiq Muiz ‘kurang siuman’


Pelbagai kecaman hebat yang dikeluarkan selepas kenyataan Eina Azman terhadap ibu Afiq Muiz. Eina Azman menyatakan ibu Afiq Muiz kurang siuman dan mengaku dengan kenyataan tersebut dengan alasan dia tertekan. Kini Eina Azman tidak mahu mengeluarkan apa-apa
kenyataan agar tidak mengeruhkan lagi keadaan.

Menurut Sinar Harian :
Kini, pelakon drama Mimpi Cinderella ini memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengeruhkan keadaan.



“Eina tak nak lagi buat benda yang kurang bijak dengan mengeluarkan kenyataan yang mengeruhkan keadaan. Peguam pun dah cakap, jangan keluarkan apa-apa kenyataan yang boleh makan diri.

“Selepas keluar kenyataan itu, ramai sangat orang kecam Eina...hukum Eina. Jadi, sekarang, Eina nak guna undang-undang, biar undang-undang lah yang menilai, kami ini betul ataupun salah,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, lewat petang tadi.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai hasratnya untuk menyaman ibu Afiq, Hasliza Mohamad, Eina menegaskan  bahawa perkara saman menyaman akan diteruskan oleh keluarganya ekoran kenyataan Hasliza itu melibatkan maruah keluarga.

“Keluarga Eina yang nak saman, bukan Eina.

“Eina dikecam pelbagai pihak kerana hendak menyaman orang tua. Ini bukan soal orang tua ke bukan orang tua, ini melibatkan maruah. Dia tuduh Eina tanpa bukti pun,” katanya yang akui tertekan sejak minggu lalu.

Ekoran kenyataan pelakon berusia 18 tahun itu yang berbunyi ‘mak Afiq kurang siuman kot’ telah menimbulkan rasa kurang senang kepada pembaca dan turut mendapat kecaman di laman sosial termasuk Twitter.

Dalam pada itu, Eina juga sempat menjelaskan, “apa yang Eina cakap petang tadi sekadar meluahkan...bukan untuk disiarkan.

“Eina lupa nak cakap ‘off record’,” katanya.

Sementara itu, Afiq Muiz pula mengemas kini laman mikro sosial Twitter miliknya dengan menulis lebih rela mati dari disumpah ibunya sendiri.

“Saya rela mati dari hidup disumpah ibu kandung sendiri. Terima kasih kerana menjatuhkan anak kandung sendiri dan memfitnah dan menghina hamba Allah,” tulisnya pada jam 3.11 petang tadi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...