Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Friday 3 May 2013

Johan As'ari Tolak Babak Sentuh Wanita (Gosip Artis Malaysia)


Alhamdulillah, bersyukur sangat sebab salah seorang artis tanah air kita telah mencorak satu sikap yang bagi aku psitif dan patut diikuti oleh artis-artis lain. Moga Johan As'ari ni menjadi contoh bagi artis-artis lain untuk diikuti.


“Kalau boleh, saya mahu mengelak daripada adegan yang memerlukan saya bersentuhan. Saya tahu, pasti ia akan menyukarkan produksi, terutama jika sentuhan itu membabitkan watak ibu dan anak. Lihatlah bagaimana nanti, namun saya berharap apa yang saya niatkan ini dapat ditunai dengan sempurna.

“Bukan apa, saya juga manusia yang tidak terlepas daripada kesilapan. Mungkin hari ini saya kata tidak mahu lagi bersentuhan, tetapi esok lusa saya sendiri melanggar janji. Jadi, saya berharap peminat dapat memaafkan andai perkara itu terjadi,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...