Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Thursday, 2 May 2013

Kisah Benar Dakwat Kekal PRU13 Malaysia

Hai kawan-kawan,
disini saya ingin berkongsi sedikit cerita terbaru tentang Dakwat Kekal yang digunakan dalam PRU13 yang menjadi isu hangat berita di Malaysia. Dakwat Kekal ni sebagai mana kita tahu, fungsi dia untuk menandakan
di jari pengundi yang telah mengundi. So bermakna siapa yang ada tanda dakwat dekat jari dia, dia dah tak boleh nak buat undi untuk kali yang kedua lah.

Ada gembar-gembur mengatakan dakwat itu boleh hilang. Ada pula tertanya-tanya tentang agama,
takut-takut tak boleh sembahyang. Ada juga yang dikatakan cuba membuat fitnah dan sebagainya.

Berita terbaru Dakwat kekal yang digunakan oleh SPR dalam PRU13 ini telah dijamin oleh Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria.
SPR memberi jaminan Dakwat Kekal itu tak boleh hilang untuk tempoh lima ke tujuh hari. Bagi yang risau tentang sembahyang tu, benda ni dah disahkan halal. boleh digunakan dan tidak akan menjejaskan jari kita.
Senang cite selamat digunakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...