Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Saturday 2 November 2013

Rahsia Wanita

Lose Fat Up To 9x Faster (FREE!)
Disaat wanita berbicara pasti mempunyai seribu satu makna, banyak yang tersirat dari tersurat. Pelbagai perkara dirahsiakan dan dipendam. Siapa yang tahu wanita yang merupakan perhiasan terindah dunia ini mempunyai pelbagai rahsia yang tidak diketahui umum. Mungkin ada yang sentiasa kelihatan ceria dan bahagia tetapi disebaliknya sentiasa berduka. Wanita amat sukar dijangka, ketahuilah rahsia wanita yang perlu diketahui dunia.
Pandangan Wanita
Hampir semua wanita sukar untuk memandang seseorang terutama lelaki. Memang sudah lumrah dijadikan wanita mempunyai sifat pemalu yang kuat malah bukan sifat malu sahaja membuatkan wanita tidak gemar memandang seseorang tetapi sifat ego yang kuat juga membuatkan wanita tidak mahu memandang orang lain.

  • Wanita yang kerap memandang lelaki merupakan wanita yang sangat excited terhadap lelaki. 
  • Jika Seseorang wanita terpandang seseorang lelaki dan mengalihkan pandangannya, ia akan berasa amat malu. Apabila wanita yang terpandang lelaki itu cuba memandang kembali maka ia ada niat meminati lelaki tersebut, jika tidak sebaliknya.
  • Wanita yang tidak memandang sesiapa langsung adalah wanita yang nerd (pemalu yang kuat, pendiam).
  • Wanita lebih gemar mencuri pandangan dari jauh lelaki kegemarannya dan tersenyum apabila bersua muka.
Hati Wanita
Hati wanita tidak sama seperti hati seorang lelaki yang terlalu keras dan sukar untuk terasa hati dalam sesuatu perkara. Wanita akan cepat tersentuh dalam apa jua perkara walaupun dia berpura-pura tidak peduli seperti TOMBOY. Ini memang lumrah menjadi wanita.
  • Jika wanita itu marah apabila terasa hati ia merupakan seseoarang yang sukar untuk memahami orang lain. Hidup lebih mementingkan diri.
  • Wanita yang diam apabila terasa hati adalah wanita yang pendiam dan kuat menangis
  • Wanita yang tersenyum apabila terasa hati adalah wanita yang tabah, berakal dan banyak berfikir tentang kehidupan
  • Apabila seseorang wanita cuba menjawab tanpa marah bila terasa hati adalah wanita yang panjang akal dan pandai menjaga perhubungan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...