Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Tuesday 24 December 2013

Info Mengapa Wanita Sering Migrain?

Mengapa Migrain Sering Menyerang Wanita

Wanita sering di serang migrain, wanita dikatakan akan diserang migrain 3 kali ganda berbanding lelaki. Masalah ini disebabkan sifat wanita yang lebih banyak berfikir berbanding lelaki. Sebenarnya migrain boleh menyerang sesiapa sahaja individu yang berusia 10 hingga 40 tahun. Meskipun begitu, ia mungkin boleh berkurangan atau lenyap ketika pesakit mencecah usia 50 atau 60 tahun.
Migrain sering melanda wanita adalah di sebabkan hormon estrogen yang terdapat pada wanita lebih berbanding lelaki. Ketika wanita mencapai akil balighnya. Hormon estrogen akan meningkat. Di samping itu, wanita juga berkemungkinan untuk diserang migrain sama ada sebelum, selepas ataupun datang haid.
Di Malaysia, didapati sebanyak 51.9 peratus pesakit menghidap penyakit ini berpunca daripada ketegangan. Masalah ketegangan ini boleh dikurangkan dengan mengambil sedikit masa untuk rehat sebentar bila anda merasakan ketegangan terhadap diri anda. Lihatlah tumbuhan hijau dan menarik nafas untuk mendapatkan ketenangan di dalam diri anda.

go search :

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...