Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Thursday 31 July 2014

Empat lokasi pelancongan KT perlu lebih bersih

Empat lokasi pelancongan KT perlu lebih bersih

Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman
HULU TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu mengenal pasti empat lokasi pelancongan di daerah Kuala Terengganu yang perlu diberi penekanan utama dari aspek kebersihan bagi keselesaan pelancong ke negeri berkenaan.

Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata lokasi itu adalah Dataran Shahbandar, kawasan Batu Buruk, Masjid Tengku Tengah Zaharah di Kuala Ibai serta Pantai Teluk Ketapang di Seberang Takir.

"Empat kawasan ini perlu diberi perhatian serius tentang kebersihan kerana kita nak tempat rekreasi ini sentiasa cantik dan bersih kerana tempat ini adalah tempat tumpuan pelancong sama ada pelancong tempatan atau pelancong luar.

"Saya mahu bukan sahaja kawasan berkenaan, malah juga kawasan pelancongan lain termasuk seluruh daerah di negeri ini kerana kita mahu menjadikan Terengganu negeri terbersih," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (Dun) Ajil di sini hari ini. Turut hadir Adun Ajil Ghazali Taib merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri.

Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata beliau kecewa dengan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang mengabaikan aspek kebersihan di beberapa tempat di daerah Kuala Terengganu pada minggu pertama sambutan Aidilfitri.

"Saya sendiri pusing ke seluruh daerah Kuala Terengganu dan telah mengambil gambar sekitar daerah ini termasuk di kawasan Dataran Shahbandar, memang tahap kebersihannya sangat mengecewakan dan saya sangat berdukacita melihat keadaan kawasan ini," katanya.

Beliau berharap kejadian itu tidak berulang lagi pada masa akan datang. - Bernama

Info: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...