Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Thursday 31 July 2014

Jiran Kita : Hubungan Indonesia-Australia tegang

Hubungan Indonesia-Australia tegang

CANBERRA, 1 Ogos:

Tindakan Kerajaan Australia cuba menyembunyikan maklumat sensitif kes mahkamah, menyebabkan hubungan antarabangsanya dengan Indonesia tegang, apabila Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menuntut penjelasan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kerajaan Australia pada Khamis, ia menyatakan: “Presiden Indonesia dan bekas presiden tidak terlibat” dalam kes mahkamah berkenaan yang tidak boleh dilaporkan pihak media.

Arahan dikeluarkan di mana media Fairfax atau mana-mana media di Australia tidak dibenarkan mendedahkan kes yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Victoria. Arahan itu dikeluarkan untuk melindungi ketua negara terbabit.

Bagaimanapun, dokumen arahan itu didedahkan WikiLeaks yang dapat dibaca semua pelayar internet.

Selepas dokumen itu dimuat naik, Susilo mahu Australia menjelaskan kenapa namanya disebut dalam konteks (ketua negara) berkenaan, lapor portal berita Sydney Morning Herald.

“Saya meminta Australia mengeluarkan kenyataan yang kedua-duanya (bekas presiden) Megawati (Sukarnoputri) serta nama saya tidak dicemar, dan mereka tidak memfitnah mana-mana pegawai Indonesia. Kami mahu mendapatkannya terus dari Australia,” kata Susilo yang dipetik portal berita Viva.

Susilo dan Menteri Luarnya, Marty Natalegawa menghubungi dutanya di Australia dan juga Duta Australia di Jakarta, untuk membincangkan masalah terbaru itu.

Susilo meminta kerajaan Tony Abbott mendedahkan pegawai yang terlibat dalam skandal berkenaan, sama ada dia berada di Australia atau Indonesia.

“Sekiranya ada elemen kes ini di Indonesia, contohnya, beritahu kami siapa yang terlibat. Sekiranya dipercayai ada pelanggaran undang-undang, apakah kesnya? Dan sekiranya ia wujud, bekerjasamalah dengan Suruhanjaya Pembasmian Rasuah Indonesia,” kata Susilo.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...