Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Wednesday, 8 April 2015

2 Pekerja Bernasib Baik Gondola Terhempas

Gondola hempas 2 pekerja

Oleh Mohd Rizal Abdullah
Mohd.rizal@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: “Saya dengar bunyi dentuman kuat sebelum melihat dua warga Bangladesh yang dalam keadaan lemah keluar dari gondola berkenaan,” kata Haikal, saksi dalam kejadian gondola terhempas dari sebuah bangunan bank di Jalan Ampang di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, dua pekerja pencuci tingkap bangunan berkenaan mengalami cedera ringan.

Haikal berkata, ketika kejadian dia bersama rakannya sedang minum di sebuah kedai berhampiran sebelum terdengar bunyi dentuman kuat.

Menurutnya, pada awalnya dia menyangka ada pihak tidak bertanggungjawab mencampak sesuatu dari atas sebelum menyedari ia adalah gondola yang terjatuh.

“Saya sangkakan ada orang campak penghawa dingin, tetapi bila nampak ada dua pekerja warga asing yang keluar dengan keadaan lemah, barulah saya sedar ia adalah kemalangan,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...