Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Showing posts with label Cantik. Show all posts
Showing posts with label Cantik. Show all posts

Tuesday, 24 December 2013

Wanita Atau Perempuan?


Hadirnya wanita sebagai penghias dunia umpama indahnya pelangi yang menghiasi petang hari. Wanita juga mempunyai tanggungjawab dan peranan yang besar terpikul dibahunya. Hadis Rasulullah s.a.w berkata : “Dunia ini ialah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.” (HR. Muslim)
Wanita solehah merupakan kunci penting dalam kebaikan dan kemajuan suatu bangsa. “Di belakang pemimpin hebat, ada wanita luar biasa.” Wanita solehah ialah wanita yang selalu istiqamah menjalankan ketaatan kepada Allah dan Rasul-nya. Jadilah wanita Cantik,Bergaya dan Sihat Itulah Wanita Malaysia.

Kecantikan wanita bukan terletak pada perhiasan dan aksesori yang digunakan tetapi terletak pada penjagaan dirinya supaya tidak menjadi buah fitnah bagi orang lain dan dirinya sendiri.
Kejayaan seseorang wanita bukan terletak pada kerjayanya sahaja, kejayaan wanita juga dikira dari pengurusan rumah tangga, mendidik anak-anak dan menempatkan dirinya sendiri sebagai muslimah.

Rahsia Wanita @ Perempuan Berjaya Seperti Kak Aini

Sekian info dari Cerita Kita Malaysia

Info Search :
 

Info Memutihkan Muka Gelap

Petua Memutihkan Muka Yang Terbakar


go search :

Aktiviti harian anda mungkin berhadapan dengan cuaca panas setiap hari @ percutian keluarga anda yang membuatkan kulit muka anda terbakar dan kelihatan gelap dari biasa. Mungkin anda malu untuk berhadapan dengan perubahan ini, jangan risau dan segeralah merawatinya.
Untuk menjadikan anda Kemas, Bergaya dan Sihat Itulah Wanita Malaysia caranya mudah, anda boleh mencubanya dengan menyediakan :

  • Sebiji Kentang Berserta Kulit
  • Perkakas Masakan
    1. Kukuskan kentang sehingga betul-betul lembut
    2. Setelah kentang betul-betul lembut, lenyek kentang sehingga halus
    3. Kentang yang dilenyek disapukan ke bahagian muka yang terbakar
*sapukan semasa malam sebelum anda tidur
    1. Selamat Mencuba


Monday, 23 December 2013

Cantik Bulu Mata

Inginkan Bulu Mata Yang Melentik?

Lumrah menjadi seorang wanita, keinginan untuk kelihatan cantik sudah menjadi sifat semulajadi seorang wanita. Segala yang terdapat pada diri wanita merupakan satu perhiasan yang bernilai didunia terutamanya bulu mata. Semua wanita mengimpikan bulu mata yang melentik secara semulajadi agar kelihatan lebih menawan.
Setiap manusia dijadikan dengan kelebihan yang berbeza-beza, mungkin anda tidak mempunyai bulu mata yang melentik tetapi anda menginginkannya. Bagaimana?
Wanita yang Cantik,Bergaya dan Sihat Itulah Wanita Malaysia semestinya mahukan bulu mata yang melentik untuk memberikan keyakinan yang lebih terhadap diri sendiri. Untuk mendapatkan bulu mata yang melentik anda mungkin boleh mencuba petua ini :
  • Air Teh O

    1. Bancuhkan air teh o seperti biasa (Jika anda tidak tahu membuatnya, anda boleh membeli dikedai minuman)
    2. Sapukan sedikit air teh o dibulu mata anda
    3. Amalkan selalu, insya-Allah ia mampu melentikkan dengan semulajadi

Sekian info sihat dari Cerita Kita Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...