Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Showing posts with label kematian. Show all posts
Showing posts with label kematian. Show all posts

Friday, 28 February 2014

Bunuh Diri Angkara Cinta

Bunuh diri cinta ditolak

Bayan Lepas: Kecewa cintanya ditolak, seorang lelaki membunuh diri dengan menggantung diri di pokok berhampiran kilang tempat kerjanya di Zon Perindustrian Bebas (FIZ), di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa berusia 20-an berasal dari Nepal ditemui dalam keadaan tergantung di pokok oleh seorang pengawal keselamatan sebelum dia memaklumkan kejadian terbabit kepada polis.

Menurut sumber, sebelum itu mangsa yang baru selesai bekerja di kilang berhampiran bertemu dengan teman wanitanya sebelum mereka dikatakan bertengkar.

“Hasil siasatan mendapati mangsa cuba berbincang mengenai hubungannya bersama teman wanitanya, namun cintanya ditolak wanita terbabit membuatkan dia kecewa.

“Mangsa kemudian menggantung diri di atas pokok dengan kain hitam sebelum mayatnya ditemui seorang pengawal keselamatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin berkata, siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kematian pekerja kilang itu.

Info : www.hmetro.com.my

Wednesday, 26 February 2014

4 penuntut universiti maut nahas kereta-lori dekat Gopeng

4 penuntut universiti maut nahas kereta-lori dekat Gopeng

http://www.bharian.com.my

2014/02/27 - 07:23:17 AM

Berita dari Harian Metro 

EMPAT pelajar maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di Jalan Ipoh-Kuala Lumpur kira-kira 500 meter dari Gua Tempurung dekat Gopeng, pagi tadi. 

Gopeng : Empat pelajar maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di Jalan Ipoh-Kuala Lumpur kira-kira 500 meter dari Gua Tempurung dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu kereta model PERODUA Viva dipercayai dari Ipoh menghala ke Kampar hilang kawalan sebelum merempuh lori membawa muatan tar.
Difahamkan kesemua mangsa ialah penuntut Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...