Masalah
penceraian atau hubungan yang tidak berkekalan sudah menjadi satu
cerita biasa di Malaysia. Mengapa masalah ini terjadi? Adakah
hubungan begini yang kita mahukan? Semestinya tidak menginginkan ia
terjadi dan anda juga tidak mahu ini terjadi kepada anda.
Punca
penceraian atau hubungan yang tidak berkekalan kebiasaan yang
dikatakan adalah disebabkan ketidak serasian. Adakah seseorang
pasangan itu terlalu gelojoh untuk berkahwin? Sebagai warga Malaysia yang Kemas,Bergaya dan Sihat Itulah Warga Malaysia,
anda perlu mengatasi masalah ini. Sebagai orang islam kita di
sunatkan untuk bertunang, apakah tujuan bertunang? Bertunang adalah
untuk mengenal hati budi pasangan anda tetapi masalah yang akan
berlaku ialah dari anda sendiri. Jika anda telah mengenali tunang
anda, ia melakukan sesuatu yang teruk dan mungkin disifatkan
melanggar peraturan agama atau melakukan sesuatu sifat-sifat yang
anda tidak gemar, apakah yang anda akan lakukan? Kebiasaan pasangan
akan memaafkan dengan janji-janji pasangan yang tidak akan mengulang
lagi perbuatannya itu. Bagi pendapat admin, lebih baik memutuskan
hubungan sahaja kerana percayalah ia pasti mengulangi tabiat yang
sama selepas berkahwin. Faktor ini nanti yang akan menyebabkan
penceraian anda. Sukar untuk seseorang mengubah tabiatnya. Jika anda
bertunang 8 tahun tidak mengapalah, mungkin anda mampu mengubah
pasangan anda tetapi jika setahun dua, sudah pasti tabiat semasa
tunang akan dibawa semasa berkahwin.
Bercinta
membuatkan anda sering mengalah, anda tetap mahukan pasangan anda
walaupun anda tahu ia sering melakukan sesuatu yang anda tidak suka.
Tidak mengapa, mungkin itu pilihan anda. Jika anda ingin meneruskan
juga percintaan anda, teruskanlah. Banyakkan berdoa agar pasangan
anda dapat berubah dan sentiasalah menjadi orang yang memahami.
Buangkan sifat ego, sifat ego adalah punca pergaduhan. Jangan
mengamalkan sifat merajuk, merajuk sebenarnya menambahkan lagi
masalah. Amalkan sifat ceria walaupun anda sedang bergaduh. Sentiasa
mengalah dan memberikan pasangan anda menang. Mengubah keadaan tegang
kepada ceria sebagai contoh anda dan pasangan anda bergaduh, cuba
alihkan penceritaan pergaduhan anda dengan bertanyakan sayang I nak
makan aiskrim, sayang I letihlah hari ini, sayang penat ke sayang
atau sebagainya. Selamat mencuba.
Sekian
petua dari Cerita Kita Malaysia
No comments:
Post a Comment