Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Showing posts with label bukan islam. Show all posts
Showing posts with label bukan islam. Show all posts

Wednesday, 30 July 2014

Bantu orang bukan Islam pelajari Islam

SERDANG-Masjid dan institusi keagamaan perlu memainkan peranan dalam membantu membimbing masyarakat bukan Islam untuk mengenali corak akidah Islam.

Presiden Angkatan Skuad Mubaligh Malaysia, Muhd Zamri Vinoth Abdullah berkata, masjid dan surau perlu mencontohi peranan institusi  keagamaan seperti di zaman Rasulullah SAW yang membuka pintu seluasnya bagi sesiapa jua yang berminat untuk mengenali dan mempelajari Islam.

“Kalau kita lihat pada zaman tersebut, banyak sahabat baginda telah memeluk Islam di dalam masjid. Kita perlu hidupkan kembali peranan masjid dengan membuka ruang masjid kepada orang bukan Islam supaya mereka lebih mengenal apa itu Islam.

“Jika ada majlis sambutan seperti Maulidur Rasul dan sebagainya, kita boleh ajak jiran-jiran yang bukan Islam untuk sama-sama menyambutnya, kita juga boleh ambil peluang untuk mengenali tuntutan Islam,” katanya selepas Program Perdana Iftar 2014, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau percaya dengan wujudnya kefahaman Islam menerusi ilmu yang disampaikan melalui institusi agama seperti surau dan masjid, masyarakat akan lebih menghormati agama Islam sekaligus dapat mengekalkan keharmonian dan keamanan di negara ini.

“Apabila mereka mengetahui tentang Islam, prejudis yang ada terhadap Islam Insya-ALLAH sedikit demi sedikit akan terungkai,” katanya lagi.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru kepada seluruh institusi agama supaya membuka pintu kepada yang bukan Islam dan memberikan sedikit ruang masjid dan surau kepada mereka demi mengetahui dan menghayati ilmu Islam dengan lebih mendalam.

http://www.sinarharian.com.my/

Thursday, 3 July 2014

Bukan Islam Digalakkan Berpuasa

KUALA LUMPUR, 4 Julai:

Rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam diseru untuk berpuasa sehari sebagai tanda sokongan kepada minoriti Islam di Xinjiang yang dilarang berpuasa oleh pihak berkuasa China.

Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming, mengutuk tindakan Beijing dan menegaskan ia bertentangan dengan kebebasan beragama.

“Saya menyeru semua orang bukan Islam di Malaysia untuk berdiri bersama-sama untuk menyokong kebebasan beragama untuk semua golongan minoriti di seluruh dunia dengan berpuasa selama satu hari dalam bulan Ramadan yang mulia ini bersama-sama dengan rakan-rakan Islam kita,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, PAS akan menuntut penjelasan dari Beijing berhubung laporan bahawa penjawat awam, pelajar dan guru dilarang berpuasa sepanjang bulan Ramadhan ini khususnya di wilayah Xinjiang.

Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata jika laporan berkenaan benar, ia adalah suatu tindakan yang melanggar hak beragama dan hak asasi manusia.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan China melalui laman web rasmi dan beberapa jabatan kerajaan telah memuatnaik notis menghalang umat Islam berpuasa di Xinjiang sejak bermulanya Ramadan, akhir minggu lalu.

Menurut laporan berita Independent tindakan itu dibuat bagi menghalang umat Islam menanam semangat agama dalam agensi dan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...