Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Thursday, 3 July 2014

Elak makanan bersantan, kerabu bulan puasa

Elak makanan bersantan, kerabu

Ahmad Razin meninjau peniaga di bazar Ramadan pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, semalam
KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Kelantan mengenal pasti beberapa menu makanan perlu diambil secara berhati-hati pada bulan puasa bagi mengelak kes keracunan makanan.
Pengarahnya, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, berdasarkan tinjauan ke bazar Ramadan tahun lalu, 60.4 peratus makanan yang dianalisis tidak mematuhi peraturan.
“Berdasarkan Peraturan-peraturan Makanan 1985 iaitu dikesan mengandungi bakteria melebihi standard yang ditetapkan termasuk kuih-muih menggunakan santan mentah, kelapa parut, air minuman bancuhan, kerabu, rojak buah dan air tebu.
“Melalui pemantauan tahun lalu, 186 surat amaran dikeluarkan kepada pemunya atau pemilik premis,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan mesra di bazar Ramadan pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, semalam.
Bagaimanapun, Ahmad Razin berkata, melalui tinjauan di bazar Ramadan semalam, peniaga didapati mematuhi peraturan ditetapkan termasuk memakai apron dan menutup makanan.
Katanya, pihaknya sentiasa membuat teguran kepada peniaga dan pembantu supaya mematuhi peraturan pemakanan.
“Melalui tinjauan termasuk di daerah, pegawai penyiasat mendapati mereka mempunyai kad pemeriksaan kesihatan dalam semakan," katanya.
Sementara itu, berhubung kes denggi di negeri ini, beliau memaklumkan pihaknya telah menyerahkan laporan kepada kementerian.
“Kita akan menubuhkan jawatan kuasa khas untuk mengadakan gerakan dengan Majlis Keselamatan Negara bagi menangani isu denggi,” katanya.

Bukan Islam Digalakkan Berpuasa

KUALA LUMPUR, 4 Julai:

Rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam diseru untuk berpuasa sehari sebagai tanda sokongan kepada minoriti Islam di Xinjiang yang dilarang berpuasa oleh pihak berkuasa China.

Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming, mengutuk tindakan Beijing dan menegaskan ia bertentangan dengan kebebasan beragama.

“Saya menyeru semua orang bukan Islam di Malaysia untuk berdiri bersama-sama untuk menyokong kebebasan beragama untuk semua golongan minoriti di seluruh dunia dengan berpuasa selama satu hari dalam bulan Ramadan yang mulia ini bersama-sama dengan rakan-rakan Islam kita,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, PAS akan menuntut penjelasan dari Beijing berhubung laporan bahawa penjawat awam, pelajar dan guru dilarang berpuasa sepanjang bulan Ramadhan ini khususnya di wilayah Xinjiang.

Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata jika laporan berkenaan benar, ia adalah suatu tindakan yang melanggar hak beragama dan hak asasi manusia.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan China melalui laman web rasmi dan beberapa jabatan kerajaan telah memuatnaik notis menghalang umat Islam berpuasa di Xinjiang sejak bermulanya Ramadan, akhir minggu lalu.

Menurut laporan berita Independent tindakan itu dibuat bagi menghalang umat Islam menanam semangat agama dalam agensi dan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...