Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Friday, 28 February 2014

Adenan diberi kuasa pilih

Adenan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak Yang Kelima di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin, di Astana Negeri Petra Jaya, semalam.
Kuala Lumpur: Barisan Nasional (BN) menyerahkan sepenuhnya kepada Ketua Menteri Sarawak yang baharu, Tan Sri Adenan Satem, memilih calon sesuai bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian jika ada Pilihan Raya Kecil (PRK).

Ia selaras pemilihan Adenan sebagai ketua kerajaan negeri, BN dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), menggantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang menamatkan tugasnya secara rasmi semalam selepas terlebih dulu mengosongkan kerusi DUN Balingian.
Tunggu penetapan

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak, berkata pihaknya sedang menunggu penetapan tarikh PRK yang dijangka diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), minggu depan.

“PBB dan BN Sarawak akan menyediakan calon paling sesuai,” kata Perdana Menteri selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN, di sini semalam yang turut dihadiri Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pemimpin parti komponen BN termasuk PBB yang diwakili Timbalan Presidennya, Datuk Amar Abang Johari Openg.

Abdul Taib menghantar notis pengosongan kerusi yang disandangnya sejak 14 tahun lalu itu kepada Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, berkuat kuasa semalam. Berikutan kekosongan itu, beberapa nama disebut-sebut bakal dicalonkan BN di situ termasuk Mufti Perlis, Datuk Dr Juanda Jaya.
Dalam perkembangan lain, Najib mengumumkan Presiden MCA merangkap Naib Pengerusi BN, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai Timbalan Pengarah PRK DUN Kajang bagi membantu Muhyiddin selaku pengarah.

Jentera BN amat komited

Mengulas lanjut, katanya, secara keseluruhan, jentera parti BN amat komited dan persiapan berjalan lancar untuk memberi sokongan padu kepada Datin Paduka Chew Mei Fun, Naib Presiden MCA yang bakal berdepan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pemimpin PKR, Datuk Zaid Ibrahim pada PRK berkenaan, 23 Mac ini.

“Kita lihat sambutan ketika ini menggalakkan walaupun kita tak nafikan BN akan menerima tentangan hebat. Kita tahu, calon kita seorang yang disenangi masyarakat tempatan, ada rekod pencapaian yang baik, mempunyai pendirian tegas dan seseorang yang mahu memberi khidmat bakti kepada pengundi di Kajang,” katanya.

Mesyuarat BN semalam juga meluluskan usul menerima Parti Punjabi Malaysia dan Persatuan India Malaysia sebagai parti gabungan BN yang baharu.

Info : www.bharian.com.my

Thursday, 27 February 2014

Saman Hadi: Anwar bakal umum keputusan PKR

Saman Hadi: Anwar bakal umum keputusan PKR

Info : www.sinarharian.com.my

KUALA TERENGGANU – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan kata sepakat yang dicapai PKR Terengganu berhubung isu saman yang diambil bekas calon PKR, Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, pihaknya telah pun mencapai satu keputusan yang disifatkan positif dalam mesyuarat parti itu semalam, tetapi enggan mendedahkan perkara tersebut sebaliknya menyerahkan kepada Anwar untuk mengumumkan dalam masa terdekat.

Azan menjelaskan bahawa kata sepakat itu menjamin kebaikan bersama antara Pas dan PKR selain mengambil kira pandangan Mohd Shamsul yang turut hadir dalam mesyuarat itu.

“Setelah perbincangan dibuat dan melihat kepada semua aspek kepentingan kedudukan PR baik di peringkat Pusat dan negeri terutamanya yang melibatkan kerjasama dan ukhuwah antara PKR Terengganu serta Pas Terengganu dan demi mengukuhkan kedudukan PR di peringkat Pusat, kami telah mencapai kata sepakat atas kedudukan isu ini dan kita akan sampaikan kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diumumkan dalam masa terdekat sekembalinya beliau daripada tugasan di luar negeri, insya-ALLAH,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media khas di Pejabat Perhubungan PKR Terengganu, di Jalan Sultan Omar, di sini, semalam.

Ahad lalu, Abdul Hadi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul berhubung kes saman fitnahnya terhadap Ketua Angkatan Muda PKR Dungun itu.

Perintah penghakiman ingkar itu dikeluarkan selepas Abdul Hadi gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang difailkan Mohd Shamsul (plaintif) pada 5 Disember tahun lalu.

Ketika ditanya kenapa baru sekarang PKR Terengganu mengambil inisiatif mencapai kata sepakat berhubung isu saman terhadap Abdul Hadi, Azan menjelaskan baik di peringkat negeri atau Pusat, PKR melihat perkara tersebut sebagai tindakan peribadi dan tiada kena mengena dengan parti.

Tanpa campur tangan parti katanya, PKR turut membuktikan bahawa parti itu tidak mengamalkan autokrasi dalam pengurusan parti, sebaliknya menghormati pandangan pendirian peribadi ahli dalam isu mahkamah tersebut.

Tidak menolak bahawa PKR Terengganu patut mengambil tindakan lebih awal, Azan bagaimanapun percaya pengumuman tersebut kelak akan memperkuatkan pengukuhan kerjasama dalam PR di setiap peringkat terutama Terengganu.

“Kedua-dua pihak juga (Pas dan PKR) menganggap kedudukan ini sama (berlandaskan peribadi) maka setelah berlakunya pengisytiharan (penghakiman ingkar terhadap Abdul Hadi) beberapa hari lepas, kita merasakan perkara ini patut kita uruskan dari awal,” katanya.

Sementara itu, Azan turut melihat isu tersebut tidak akan sesekali memberi kesan kepada PRK Dun Kajang ataupun mempengaruhi kedudukan calon PKR di kerusi N25 itu.

Thursday, 9 January 2014

Politik Malaysia 2014

Isu Politik di Malaysia Bukan Lagi Isu Yang Patut di Pandang Remeh

Berdasarkan tajuk di atas, soal politik di Malaysia hari demi hari kian melarat. Tidak ada jalan sepakat dan penyelesaian yang terbaik. Mengapa perkara ini terjadi? Sedangkan kita sesama Islam yang membangunkan negara Malaysia? Secara sedar atau tidak budaya, undang-undang dan kefahaman di Malaysia sering sekali menjadi isu di Negara Luar. Kita dipimpin oleh umat Islam dengan menggunakan cara Barat dari segala segi.

Mengapa keretakan masyarakat sering terjadi dengan isu politik? Umat Islam di Malaysia secara sedar atau tidak sebenarnya telah terbahagi didalam beberapa puak. Semangat Asabiyyah yang kuat sehingga mendorong sesoarang terlalu taksub dengan parti masing-masing.

Sedarlah wahai saudara atau saudari bahawa penjajah meninggalkan Malaysia bukan dengan hati yang ikhlas. Ia meninggalkan Malaysia dengan meletakkan sedikit racun, agar semua rakyat malaysia terasa sakitnya sedikit demi sedikit. Penjajah membentuk undang-undang mereka untuk kita gunakan, untuk masyarakat Malaysia sendiri rasakan perpecahan yang terjadi diantara kita sendiri dan yang paling pentingnya mereka melakukan undang-undang untuk kita ikuti agar mereka mendapat hasilnya dan mampu melakukan penguasaan diatas segala-gala yang ada dimuka bumi Allah ini.

Mereka memang dilahirkan terlalu bijak dalam dunia kejahatan, hampir semua negara islam berpecah kerana masyarakatnya sendiri. Mereka memberikan kenangan jajahan untuk kita terasa bangkit membangunakan negara dan meninggalkan cara dan undang-undang untuk kita ikut dan disitu terletaknya racun yang akan memakan diri sendiri sedikit demi sedikit sehinggalah kita merasa kesakitannya.

Islam itu sangat sempurna, jika kita mengikuti setiap cara yang diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W, Insya-Allah segalanya akan menjadi baik dan mudah. Marilah kita sama-sama berubah. Jadilah seorang umat Nabi Muhammad S.A.W yang bijak dan tahu menilai yang baik dan buruknya. Janganlah kita meletakkan diri kita pada kehambaan dengan mengikut segala yang dicetuskan penjahat-penjahat dunia tentang cara pemakaian, budaya dan sebagainya yang hot dikata up to date, yang ketinggalan malu kerana mengikuti cara lama, cara islam.

Yang Salah Datang Dari Saya, Yang Baik Datangnya Dari Allah.
Hamba Allah,
I LOVE ALLAH, I LOVE ISLAM.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...