Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Monday 6 May 2013

Isteri Seorang Pemantau SPR Dilempar Bom Botol (PRU13)


Pilihan Raya Umum ke 13 di negara kita telah berlalu dengan kawalan ketat oleh pihak polis bagi menjaga keamanan negara tetapi cerita Pilihan Raya Umum ke 13 ini masih lagi belum tamat. Mungkin disebabkan beberapa pihak yang masih tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Petikan dari akhbar Berita Harian :
Melaka: Kereta milik isteri seorang pemantau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) rosak selepas dilempar dengan bom botol 'molotov cocktail' di Duyong di sini, semalam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chua Ghee Lye, berkata dalam kejadian antara 3 dan 3.30 pagi itu, isteri mangsa yang berumur 27 tahun tersedar daripada tidur selepas mendengar bunyi bising di luar rumah.
Mangsa yang kemudian keluar dari rumah ternampak bonet kereta jenis Perodua Myvi miliknya terbakar sebelum meminta bantuan dua lelaki yang kebetulan berada di kawasan itu untuk memadamkan api itu.


“Polis masih menyiasat punca kejadian ini," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Katanya suami mangsa tiada di rumah ketika kejadian.

*Kita sebagai rakyat Malaysia yang inginkan keamanan, kewajipan sudah dilaksanakan. Nak tak nak terimalah seadanya. Janganlah kita melakukan sesuatu yang diluar undang-undang negara. Ini boleh menjejaskan negara yang tercinta kita ni. Harap semua rakyat Malaysia dapat berfikir dengan matang. Janganlah mengambil keputusan terburu-buru.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...