Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Thursday 9 May 2013

Mengaku Pukul, Tendang Van, Koyak Poster BN


Berita dari akhbar Berita Harian

Kota Bharu: Tiga rakan yang juga penyokong PAS dihukum penjara tiga hari dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku salah memukul, menendang van serta mengoyakkan poster Barisan Nasional (BN) di ken
deraan itu. 

Penjaga tempat kereta sewa, Mohamad Nabil Fikri Mohd Zain, 21; tukang cuci, Ahmad Redza Aziz, 22; dan tukang paip, Mohd Aiman Muhammad, 28, membuat pengakuan itu di depan Majistret Nik Habri Muhamad. Hukuman itu berkuat kuasa daripada tarikh tangkap iaitu 6 Mei lalu. 






Sebelum menjatuhkan hukuman, Nik Habri memberi nasihat kepada semua tertuduh bagi menimbulkan keinsafan supaya tidak bertindak mengikut perasaan taksub sehingga merugikan diri mereka sendiri. 

Berdasarkan pertuduhan, mereka dituduh memukul dan menendang van nombor pendaftaran DBA 31 serta mengoyakkan poster BN paa kenderaan itu sebelum menampal poster K dan bendera PAS, di depan bangunan Kelantan Trade Centre (KTC), Jalan Stadium, di sini, kira-kira jam 2.30 pagi, 3 Mei lalu. 


* Tak kesahlah siapa salah atau betul, kalau boleh kita janganlah buat tindakan yang melulu okey. Jaga tingkah laku, janganlah kerana setitik nila rosak susu sebelanga.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...