Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Thursday 9 May 2013

Perkembangan PETRONAS Menaikan Nama Malaysia di Brazil



Syarikat kuasai 40 peratus ekuiti dalam 2 lapangan di Campos Basin

PETRONAS membeli dua blok minyak di Brazil membabitkan pelaburan AS$850 juta (RM2.6 bilion).
Pembelian berkenaan juga penyertaan sulung syarikat minyak dan gas Malaysia dalam aktiviti penerokaan dan pengeluaran minyak di negara yang memiliki ant
ara rizab hidrokarbon terbesar di dunia itu.
PETRONAS, menerusi anak syarikatnya, PETRONAS Brasil E&P Limitada semalam mengumumkan membeli 40 peratus kepentingan dalam dua blok lapangan minyak luar pesisir di Campos Basin, yang dikenali sebagai Blok BM-C-39 dan BM-C-40. Dengan perkembangan ini PETRONAS terus mengukuhkan kedudukan sebagai antara syarikat minyak dan gas terkemuka dunia.

Tahniah kepada PETRONAS yang telah banyak menaikan nama Malaysia dalam penghasilan minyak dan gas di mata dunia. Perkembangan ini juga sedikit sebanyak dapat memajukan ekonomi negara kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...