Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Sunday 19 May 2013

Tahukah Anda, Malaysia telah dihuni 40 Ribu Tahun dahulu?


Di Malaysia bermula dari Semenanjung Tanah Melayu dan negeri-negeri Sabah dan Sarawak. Kesan-kesan terawal di Malaysia sekitar 40 ribu tahun dahulu dan berlanjutan
sehingga terbentuknya Kesultanan Melaka di sekitar tahun 1400. Binaan yang boleh dilihat adalah batu-batu asas bangunan yang dibina semasa era kerajaan purba di Kedah dan di Santubong, Sarawak di sekitar abad ke-5 sehingga abad ke-13.

Pembuktian di Sarawak telah ditemui sebuah tengkorak yang berusia 38,000 tahun yang ditemui di Gua Niah dan di Semenanjung pula telah menjumpai rangka yang berusia 11,000 tahun yang ditemui di Gua Gunung Runtuh di Perak. Artifak yang tertua di di Semenanjung adalah sebuah bangku batu zaman Paleolitik dari Kota Tampan, Perak yang berusia 34,000 tahun, manakala artifak tertua dari kawasan Borneo pula adalah alatan batu di Tingkayu, Sabah yang dihasilkan di antara 18,000 hingga 28,000 tahun dahulu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...