Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Friday 3 May 2013

Tokey Kedai Emas Rugi Lebih Dari RM100,000 (Kes Samun)

Ahli forensik memeriksa sekitar kedai emas dalam kejadian rompakan di Jalan Othman, Petaling Jaya.

Seorang pemilik kedai emas di Petaling Jaya kerugian lebih RM100,000 selepas disamun empat penjenayah di premisnya di Jalan Othman di sini, semalam (3 mei 2013). Kedai emas itu baru dibuka sekitar jam 9 pagi dan kejadian rompakan berlaku  kira-kira jam 10 pagi itu hanya dilakukan selama tiga minit dengan didatangi empat lelaki bertopi keledar berpenutup muka dan melepas satu das tembakan amaran.

Enam pekerja dan seorang pelanggan yang berada dalam kedai berkenaan tidak dapat berbuat apa-apa kerana dua daripada empat penjenayah dilihat bersenjatakan pistol. Penjenayah terbabit memecahkan cermin kaunter menggunakan dua tukul besi dan kapak sebelum mengaut barang kemas dipamerkan. 

Menurut akhbar Berita Harian : Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi berkata, rompakan berlaku dalam tempoh tiga minit sebelum suspek melarikan diri menaiki dua motosikal. “Lokasi kejadian sudah diperiksa pasukan forensik dan kita menemui beberapa bukti termasuk dua tukul besi dan sebilah kapak yang dipercayai digunakan untuk memecahkan cermin pameran. “Semua pekerja dan pelanggan di premis itu tidak dicederakan manakala polis kini meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, pengurus restoran berhampiran kedai emas terbabit, Ajimir Mustafa, 40, berkata beliau berada di kaunter ketika terdengar bunyi tembakan. “Saya dan beberapa pekerja serta pelanggan lari ke belakang kedai untuk menyelamatkan diri,” katanya.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...