Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Friday 25 October 2013

Islam Itu Indah (Orang Islam Wajib Baca)

Ini cadangan saya agar dapat dibaca oleh semua pemimpin di dunia. Translatekan kepada bahasa anda untuk disebarkan.

Wahai pemimpin-pemimpin islam sekalian, jika ada kesilapan yang pernah anda lakukan berubahlah. Ingat, seksanya menanggung dosa yang teramat besar. Berubahlah untuk Negara Islam. Islam dah cukup sempurna. Ingat Masyarakat Islam. Politik hanyalah duniawi, kehidupan di dunia. Islam ialah segalanya. Jangan kerana politik negara islam berpuak-puak. Ini semua permainan yahudi. Mereka menggunakan politik untuk kita bermusuhan diantara satu sama lain. Mereka membina semangat asabiyah pada zaman jahiliah untuk kita tanamkan didalam diri dan semangat asabiyah yang kuat terhadap
parti politik kita.

Kita perlu kembali mengikut jalan yang di perintahkan Allah agar perpecahan tidak berlaku dikalangan masyarakat islam. Perubahan segalanya dari semua aspek kepada jalan yang di berkhati Allah. Aspek yang perlu di ubah adalah dari segi undang-undang, cara kehidupan dan sebagainya.

Perbanyakkan mengkaji untuk mendapatkan tarikkan remaja kepada Islam, bukannya menjadi remaja yang up to date (mengikut perkembangan baru dari yahudi). Tarikkan boleh dibuat melalui televisyen, papan iklan, majlis-majlis besar. Tetapkan undang-undang untuk siaran televisyen agar menutup aurat dalam setiap cerita yang disiarkan (Adakah Negara dilabelkan islam tetapi artis tidak menutup aurat?). Waktu magrib bukan waktu menonton televisyen (tengok kartun) dan tetapkan 7-9 malam untuk siaran agama dalam semua siaran.  Amalkan mempromosi di papan iklan untuk berdakwah agama dan mengajak sembahyang, mati tidak mengira usia.

Bagi Pembangunan masjid, tidak perlu di bangunkan dengan megah. Amalkan bersederhana, duit sumbangan lebih baik digunakan untuk membantu masyarakat islam yang memerlukan di negara sendiri. Apa yang dilihat, masyarakat islam di negara sendiri meminta bantuan amat sukar untuk mendapatkan bantuan. Jika dilihat agama lain sanggup membantu masyarakat mereka, malah juga memberikan bantuan kepada masyarakat islam. Mereka menggunakan sebagai tarikkan untuk memasukki agama mereka. Siapa yang lemah imannya pasti tertarik. Kita perlu menangani hal ini dengan cepat. Bantu membantu perlu disemaikan dan elakkan dari membuang duit pada perkara yang bermegah-megah.

Undang-undang islam perlu dilaksanakan agar Allah memberkhati negara kita. Perlukah kita menunggu pembalasan dari Allah baru kita mahu berubah?

Ini komen untuk semua rakyat dunia,
Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...