Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Thursday, 14 November 2013

Penyanyi



Menurut Wikipedia Penyanyi ini merujuk kepada ahli muzik yang menggunakan suaranya untuk menghasilkan muzik. Kebiasaannya, menyanyi adalah merujuk kepada melodi suara yang dikeluarkan seseorang mengikut melodi, namun istilah "vokalis" merangkumi makna yang serupa dengan merujuk kepada bunyi-bunyi yang bukan dari melodi, termasuk penggunaan suara sebagai sebahagian dari gubahan muzik. Sebagai contoh, percakapan death grunt, dan rapping tergolong dalam istilah nyanyian vokal.
Penyanyi utama ialah seorang yang menyanyikan vokal utama di dalam sesebuah lagu manakala penyanyi iringan atau penyanyi latar belakang menyanyikan vokal sokongan untuk lagu tersebut. Pengecualian dibuat kepada satu kumpulan 5 penyanyi untuk muzik a cappella gospel di mana penyanyi utama menyanyikan dengan suara yang tertinggi di antara lima suara, tetapi tidak menyanyikan melodi yang sama dengan empat penyanyi - penyanyi lain.

Dalam muzik klasikal dan opera Eropah, suara dilayan sama seperti alat muzik. Penggubah-penggubah menulis muzik untuk alat-alat muzik dengan memahami sifat-sifat vokal penyanyinya. Penyanyi-penyanyi membina kerjaya mereka dengan mengkhususkan dalam gaya-gaya muzik yang tertentu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...