Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Thursday, 14 November 2013

Gosip Artis Malaysia




Ah bosan dengan gosip-gosip yang terbina didalam kalangan artis di Malaysia. Hari-hari gosip sana sini dosa kita pun bertambah-tambah. Terkutuk sana sini, mana yang salah mana yang betul tak tahu. Lagi-lagi media, hangat-hangat tulis cerita, ada yang tokok tambah untuk bagi lagi gempak. Itu yang menjadi masalah. Cerita sikit tapi isu macam besar gila, macam masalah negara owh. Kenapa semua ni terjadi? Nak lariskan jualan ke? WTF, Akhir zaman benar-benar dah terjadilah gayanya. Fitnah merata-rata. Serius gua sendiri scary doe benda-benda ni dah jadi. Kiamat nak dekat, sape tak takut. amalan pun ciput-ciput jew. Dosa pulak berguni-guni. Amacam Bro? Jawabnya kena taubat cepat-cepatlahkan.

Yang si Artis sendiri pun tak habis-habis nak cari masalah, buat gosip sana sini. Kalau lu rasa orang-orang macam ni sebenarnya nak apa? Bagi aku lahkan dorang artis yang terlalu heavy posting masalah dorang, king of youtube, facebook, twitter and lain-lain sebenarnya just nak jadi HOT. Kejar dunia. Nanti mati bawak sekali api-api HOT korang tu sekali. Baru betul-betul HOT kan. Btw aku harap sangat semua dapat berubah. Lagi-lagi artis-artis yang suka update gambar and video tunjuk aurat sana sini. Ops Jangan lupa rambut perempuan tu pun aurat dude. Ko bukak dedah sana sini bagi usya aurat ko lepas tu 7 keterunan tengok video and gambar tu 1 dunia. Jawapnya dosa ko belambak macam air kencinglah wei. Tiap orang tengok auratlu dosa mengalir. sorang tengok betimbun dosa. Kalau berbilion-bilion tengok auratlu? tu belum kira tujuh keterunan lagi. Ha lu pikir la sendiri okey sayang.

So yang korang tu asyik duk search baca artikel tengok video and gambar pun korang ingat tak dapat dosa ke? haha. so semua kena berubah lah ya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...