Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Monday 23 December 2013

Family Bahagia

Atasi Masalah Penceraian

Masalah penceraian atau hubungan yang tidak berkekalan sudah menjadi satu cerita biasa di Malaysia. Mengapa masalah ini terjadi? Adakah hubungan begini yang kita mahukan? Semestinya tidak menginginkan ia terjadi dan anda juga tidak mahu ini terjadi kepada anda.
Punca penceraian atau hubungan yang tidak berkekalan kebiasaan yang dikatakan adalah disebabkan ketidak serasian. Adakah seseorang pasangan itu terlalu gelojoh untuk berkahwin? Sebagai warga Malaysia yang Kemas,Bergaya dan Sihat Itulah Warga Malaysia, anda perlu mengatasi masalah ini. Sebagai orang islam kita di sunatkan untuk bertunang, apakah tujuan bertunang? Bertunang adalah untuk mengenal hati budi pasangan anda tetapi masalah yang akan berlaku ialah dari anda sendiri. Jika anda telah mengenali tunang anda, ia melakukan sesuatu yang teruk dan mungkin disifatkan melanggar peraturan agama atau melakukan sesuatu sifat-sifat yang anda tidak gemar, apakah yang anda akan lakukan? Kebiasaan pasangan akan memaafkan dengan janji-janji pasangan yang tidak akan mengulang lagi perbuatannya itu. Bagi pendapat admin, lebih baik memutuskan hubungan sahaja kerana percayalah ia pasti mengulangi tabiat yang sama selepas berkahwin. Faktor ini nanti yang akan menyebabkan penceraian anda. Sukar untuk seseorang mengubah tabiatnya. Jika anda bertunang 8 tahun tidak mengapalah, mungkin anda mampu mengubah pasangan anda tetapi jika setahun dua, sudah pasti tabiat semasa tunang akan dibawa semasa berkahwin.
Bercinta membuatkan anda sering mengalah, anda tetap mahukan pasangan anda walaupun anda tahu ia sering melakukan sesuatu yang anda tidak suka. Tidak mengapa, mungkin itu pilihan anda. Jika anda ingin meneruskan juga percintaan anda, teruskanlah. Banyakkan berdoa agar pasangan anda dapat berubah dan sentiasalah menjadi orang yang memahami. Buangkan sifat ego, sifat ego adalah punca pergaduhan. Jangan mengamalkan sifat merajuk, merajuk sebenarnya menambahkan lagi masalah. Amalkan sifat ceria walaupun anda sedang bergaduh. Sentiasa mengalah dan memberikan pasangan anda menang. Mengubah keadaan tegang kepada ceria sebagai contoh anda dan pasangan anda bergaduh, cuba alihkan penceritaan pergaduhan anda dengan bertanyakan sayang I nak makan aiskrim, sayang I letihlah hari ini, sayang penat ke sayang atau sebagainya. Selamat mencuba.

Sekian petua dari Cerita Kita Malaysia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...