Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Friday 28 February 2014

Tarik balik 'iklan bodoh'

Tarik balik 'iklan bodoh'

2014/03/01

Tony (dua dari kanan) dan Pengarah Urusan Kumpulan WCT Holdings Berhad, Peter Taing pada majlis pelancaran Ekspo Pelancongan AirAsia di Petaling Jaya, semalam.
Petaling Jaya: “Iklan itu bodoh dan ia sudah ditarik balik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

Beliau mengulas paparan iklan perkhidmatan insurans, Tune Insurance yang ditampal pada tempat duduk penumpang dalam penerbangan syarikat itu hingga mencetuskan kemarahan serta bantahan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).
Iklan itu berbunyi: “You Want Your Momma Because You're In the Hospital With Lousy Nurse (Anda Mahukan Ibu Anda kerana Anda Berada di Hospital Dengan Jururawat Yang Teruk) ditampal di tempat duduk pesawat terpilih AirAsia bagi mempromosi insurans ditawarkan Tune Insurance untuk perlindungan pelancongan serendah RM7.50 dengan nilai membabitkan RM300,000.

Tony berkata, bagi pihak AirAsia beliau meminta maaf dan iklan berkenaan sudah ditarik serta merta dari semua penerbangan yang terbabit.

Malah, katanya beliau sudah meminta Tune Insurance memberikan insuran percuma selama sebulan kepada jururawat yang menggunakan perkhidmatan penerbangan dengan pesawat milik AirAsia.

“Iklan itu memang teruk dan kami meminta maaf dengan jururawat serta semua pihak yang terkesan yang jelas memberi gambaran salah kepada perkhidmatan kesihatan dan rawatan di negara ini,” katanya selepas pelancaran Ekspo Pelancongan AirAsia (AATF) yang pertama di Pusat Beli Belah Paradigm Mall, di sini, semalam.

Tiada niat

Sementara itu, Tune Insurance Malaysia Bhd, (Tune Insurance) cabang insurans Tune Group turut memohon maaf dan menarik balik iklan “YOU WANT YOUR MOMMA” dalam semua penerbangan AirAsia mulai Rabu lalu.

Dalam satu kenyataan, Tune Insurance berkata pihaknya meminta maaf kepada semua jururawat, pengamal perubatan, pembekal perkhidmatan kesihatan dan pihak berkaitan dengan penyiaran iklan “You Want Your Momma” itu.

“Syarikat kami tidak pernah berniat untuk menyinggung perasaan dan mendiskriminasi profesion kejururawatan termasuk sesiapa saja dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan. Kenyataan dalam iklan itu sebenarnya bertujuan memberi penekanan bahawa seseorang yang sakit atau cedera mahukan ahli keluarga ada bersama mereka.

“Kami faham mesej yang ditulis dalam iklan itu meninggalkan kesan kepada jururawat, mereka yang terbabit dalam bidang perubatan dan penjagaan kesihatan. Kami memohon maaf,” kata kenyataan itu.

Presiden MMA, Datuk Dr N K S Tharmaseelan pula berkata, pihaknya menghargai permohonan maaf Tune Insurance dan AirAsia.
Info : www.bharian.com.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...