Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Friday 28 February 2014

Adenan diberi kuasa pilih

Adenan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak Yang Kelima di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin, di Astana Negeri Petra Jaya, semalam.
Kuala Lumpur: Barisan Nasional (BN) menyerahkan sepenuhnya kepada Ketua Menteri Sarawak yang baharu, Tan Sri Adenan Satem, memilih calon sesuai bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian jika ada Pilihan Raya Kecil (PRK).

Ia selaras pemilihan Adenan sebagai ketua kerajaan negeri, BN dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), menggantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang menamatkan tugasnya secara rasmi semalam selepas terlebih dulu mengosongkan kerusi DUN Balingian.
Tunggu penetapan

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak, berkata pihaknya sedang menunggu penetapan tarikh PRK yang dijangka diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), minggu depan.

“PBB dan BN Sarawak akan menyediakan calon paling sesuai,” kata Perdana Menteri selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN, di sini semalam yang turut dihadiri Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pemimpin parti komponen BN termasuk PBB yang diwakili Timbalan Presidennya, Datuk Amar Abang Johari Openg.

Abdul Taib menghantar notis pengosongan kerusi yang disandangnya sejak 14 tahun lalu itu kepada Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, berkuat kuasa semalam. Berikutan kekosongan itu, beberapa nama disebut-sebut bakal dicalonkan BN di situ termasuk Mufti Perlis, Datuk Dr Juanda Jaya.
Dalam perkembangan lain, Najib mengumumkan Presiden MCA merangkap Naib Pengerusi BN, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai Timbalan Pengarah PRK DUN Kajang bagi membantu Muhyiddin selaku pengarah.

Jentera BN amat komited

Mengulas lanjut, katanya, secara keseluruhan, jentera parti BN amat komited dan persiapan berjalan lancar untuk memberi sokongan padu kepada Datin Paduka Chew Mei Fun, Naib Presiden MCA yang bakal berdepan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pemimpin PKR, Datuk Zaid Ibrahim pada PRK berkenaan, 23 Mac ini.

“Kita lihat sambutan ketika ini menggalakkan walaupun kita tak nafikan BN akan menerima tentangan hebat. Kita tahu, calon kita seorang yang disenangi masyarakat tempatan, ada rekod pencapaian yang baik, mempunyai pendirian tegas dan seseorang yang mahu memberi khidmat bakti kepada pengundi di Kajang,” katanya.

Mesyuarat BN semalam juga meluluskan usul menerima Parti Punjabi Malaysia dan Persatuan India Malaysia sebagai parti gabungan BN yang baharu.

Info : www.bharian.com.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...