Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Thursday, 31 July 2014

AS bekal senjata untuk Israel

AS bekal senjata untuk Israel

TEL AVIV - Amerika Syarikat (AS) semalam membenarkan Israel menggunakan stok simpanan peluru milik mereka ketika serangan makin memuncak di Genting Gaza.

Seorang pegawai tentera AS berkata,  stok penimbal terdiri daripada peluru berpandu, kereta perisai dan peluru meriam telah diberikan kepada Israel sejak minggu lalu.

Menurut Press TV/Al Arabiya/East Monitor, pemberian itu adalah sebahagian daripada program kendalian AS dikenali sebagai War Reserves Stock Allies-Israel (WRSA-I).

“Israel belum meminta bantuan dari Washington namun kami sedia memberikan bantuan aset ketenteraan sebagai sokongan dalam peperangan ini,” katanya.

Penggubal undang-undang AS berkata, mereka sudah menyediakan aset sistem pemintas peluru berpandu Iron Dome.

Minggu lalu, Setiausaha Pertahanan AS Chuck Hagel menghantar surat kepada kepimpinan Kongres meminta AS$225 juta (RM720 juta) untuk pembiayaan tambahan  kepada Israel.
Sementara itu, Hamas mempelawa Hezbullah di Lubnan menyertai pejuang Palestin.

Timbalan Pengerusi Biro Politik Hamas, Abu Marzouk berkata, gabungan antara Hamas dan Hezbullah diyakini mampu membentuk barisan pejuang mantap.

Awal bulan lalu, pemimpin Hezbullah, Sayyed Hassan Nasrallah pernah menghubungi pemimpin Hamas, Khaled Meshaal untuk menyatakan kesediaan  untuk membantu pejuang Palestin menempuhi peperangan ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...