Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Thursday 31 July 2014

Budak lemas dalam sangkar ikan

Budak lemas dalam sangkar ikan

SUNGAI UDANG, 31 Julai:

Mayat seorang kanak-kanak lelaki yang terjatuh ke dalam sangkar penternakan ikan semalam, dijumpai anggota penyelamat Pasukan Polis Marin (PPM), pada tengah hari Khamis.

Komander PPM Wilayah Satu, ACP Yusof Abdullah, berkata mayat Khor Tie Chea, 7 tahun, ditemui terapung kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

“Mayat tersebut kita temui dalam jarak 100 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh,” katanya menerusi laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), hari ini.

Mengulas mengenai penemuan mayat itu, Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada Rabu dan bergegas ke lokasi dengan bantuan lima anggota dan sebuah bot peronda.

Katanya, operasi mencari yang dijalankan sejak semalam itu turut disertai 80 nelayan serta 10 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Dalam kejadian semalam, Khor dilaporkan tergelincir ke dalam sangkar ternakan ikan, ketika sedang bersiar-siar bersama datuknya kira-kira jam 4.30 petang.

Info : http://bm.therakyatpost.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...