Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Thursday 31 July 2014

Yayasan Al-Aman sumbang RM100,000 bantu Palestin

Yayasan Al-Aman sumbang RM100,000 bantu Palestin


KOTA KINABALU - Yayasan Al-Aman hari ini menyerahkan sumbangan sebanyak RM100,000 untuk membantu rakyat Palestin yang kini menderita akibat angkara kekejaman rejin Zionis di wilayah Gaza.

Penaung yayasan berkenaan, Datuk Seri Musa Aman, menyerahkan sumbangan itu kepada Duta Palestin di Malaysia, Dr Anwar H Al Agha pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediaman Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan di sini.

Musa, yang juga Ketua Menteri Sabah, berkata beliau menghargai kesudian Abdul Rahman membawa duta itu ke majlis tersebut bagi membolehkan beliau menyerahkan secara terus sumbangan untuk penduduk Palestin.

Pada majlis itu juga, Abdul Rahman, turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Anwar menerusi Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Teo Chee Kang dan pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...