Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Thursday 31 July 2014

Cikgu Diserbu Murid

Kediaman pesara guru diserbu

Pesara guru itu, Nordin Mohadi, 60, berkata, dia terkejut apabila rumahnya tiba-tiba dikunjungi puluhan bekas murid tahun 6 (UPSR) tahun 2003 hingga 2005 Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Akar, Hulu Besut.

Menurutnya, sebelum bersara kira-kira dua tahun lalu di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Besut, beliau pernah berkhidmat selama beberapa tahun di SK Pasir Akar.

“Sebelum hari raya, bekas murid hubungi saya beritahu mahu berkunjung ke rumah tetapi saya tak sangka mereka berpakat dan datang beramai-ramai,” katanya yang terharu dan gembira dengan kedatangan ramai bekas muridnya.

Nordin berkata, beliau turut bangga kerana ramai bekas murid sekolah tersebut pada tahun berkenaan cemerlang dalam pendidikan.

“Ramai di kalangan mereka yang menjawat pelbagai jawatan profesional seperti doktor, pensyarah dan jurutera manakala sebahagian lagi masih melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi (IPT)” katanya.

Sementara itu salah seorang bekas murid yang bertanggungjawab mengumpulkan rakan-rakan mereka, Nor Atikah Ismail, 21, berkata, dia telah menghubungi rakannya dan bekas murid lain melalui laman sosial dan telefon.

Katanya, mereka berpakat untuk datang berkumpulan ke rumah bekas guru besar itu bagi menghargai sumbangan beliau dalam pendidikan sehingga melahirkan ramai murid cemerlang selain berhari raya.

“Saya kagum dengan cikgu Nordin kerana beliau gigih memastikan keputusan UPSR murid cemerlang, malah dia mengenali dan mengingati bekas murid walaupun telah dewasa, katanya yang merupakan bekas murid tahun 6 sesi 2005 dan kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, di Universiti Sains Malaysia (USM).

Info : Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...