Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Wednesday 30 July 2014

OKU Malaysia

Jaga anak OKU mahu atau tidak?

SHAH ALAM -"Bukan soal boleh memilih atau menolak", demikian reaksi pakar motivasi, Abil Fikri Ahmad ketika diminta mengulas soal pengabaian terhadap remaja OKU yang menjadi tumpuan, baru-baru ini.

Menurutnya, pengabaian tetap berlaku meskipun individu tersebut mempunyai kepakaran dalam perubatan.

“Dalam situasi pengabaian terhadap OKU atau menjaga orang sakit, bukan soal boleh atau tidak menjaga tetapi nak atau tak nak orang itu menjaga?

“Katalah dia doktor atau pembantu perubatan, ahli keluarga dia sakit, pengalaman ada tapi kalau dia nak dia buatlah kalau dia tak nak, dia tak buatlah.

"Ini bukan soal boleh atau tidak,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Jelasnya lagi, perkara penting yang perlu wujud dalam situasi tersebut adalah perhubungan yang rapat supaya penjaga dapat menjaga dengan penuh kasih sayang.

Beliau mengambil contoh ketika dirinya nekad berhenti kerja untuk menjaga isterinya, Allahyarham Fauziah Muhamad sepenuh masa, Abil berkata, mungkin ia berlaku atas dasar wanita itu isterinya.

“Macam dulu saya jaga isteri saya dengan penuh kasih sayang. Isteri saya tiada daki di celah-celah tangan. Bersih.

"Mungkin atas dasar, dia isteri saya, tetapi mungkin kalau dia bukan isteri saya, dia anak buah saya, boleh ke saya jaga dia macam itu? Mahu atau tidak saya menjaga dia sebagaimana saya menjaga isteri saya.

“Maksud saya perhubungan itu biarlah rapat. Semasa sihat, pastikan hubungan kita rapat dengan keluarga. Jangan biar hubungan kita renggang antara adik-beradik," katanya.

Katanya lagi, perhubungan itu yang akan menguatkan kehendak untuk menjaga apabila jadinya sakit seperti tadi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...