Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Friday 10 April 2015

CUEPACS mahu GST tak bebankan rakyat

Kuala Lumpur: Kerajaan digesa lebih serius dalam usaha memastikan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak terus membebankan rakyat negara ini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda berkata, sejak ia diperkenalkan 1 April lalu, pihaknya menerima rungutan dalam kalangan 1.6 juta ahlinya mengenai kenaikan harga barang yang tidak sepatutnya berlaku jika GST dilaksana dengan berkesan.

"Sebab itu, kami berharap agar kerajaan melihat semula adakah cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak 16 peratus sebelum ini benar-benar dihapuskan dan digantikan cukai GST yang lebih rendah sekali gus harga barang sepatutnya menjadi lebih murah.

"Usaha ini perlu dilakukan 200 peratus melibatkan semua pihak berkaitan dan bukannya terletak pada satu dua kementerian sahaja," katanya pada sidang media di sini, malam ini.


Oleh Rizanizam Abdul Hamid
am@hmetro.com.my
Harian Metro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...