Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Thursday, 27 February 2014

Mat Yo dimaaf, denda RM5,000

Mat Yo dimaaf, denda RM5,000

2014/02/28
www.bharian.com.my

Mat Yo menjalani latihan bersama rakan sepasukan di padang Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.
Dia masih muda dan khidmat diperlukan, kami terima: Subahan Kamal

Kuala Lumpur: Pusingan ‘U’ yang dilakukan Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo diharap menjadi pengajaran buat pemain lain supaya tidak mengulangi kesilapan sama sekali gus meletakkan tugasan bersama pasukan kebangsaan sebagai agenda utama di dalam karier mereka.

“Kami gembira Norshahrul sudah menyelesaikan masalah peribadinya dan kembali bersama pasukan kebangsaan.
“Dia sudah meminta maaf dan memandangkan dia masih muda serta khidmatnya masih diperlukan, kami menerimanya.

Utama tugasan negara

“Apa pun pemain itu didenda RM5,000 sebagai pengajaran supaya perkara ini tidak diulangi pemain lain. Kita mahu setiap pemain meletakkan tugasan mewakili pasukan negara sebagai perkara utama dalam karier mereka,” kata pengurus pasukan negara, Datuk Seri Subahan Kamal, semalam.

Subahan berkata, beliau faham mengenai rancangan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mengerjakan umrah serta masalah peribadi yang dihadapinya.

“Kita bukan mahu menidakkan niatnya mengerjakan umrah cuma saya rasa pada masa akan datang pertindihan tarikh seperti ini dapat dielakkan.
“Yang penting dia sudah kembali bersama kita dan saya tidak mahu perkara ini dipanjangkan. Biarlah dia memberi tumpuan dalam tempoh singkat ini untuk mempersiapkan diri bagi perlawanan persahabatan menentang Filipina esok dan perlawanan terakhir kelayakan Piala AFC bertemu Yaman di Dubai, Rabu ini,” katanya.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my

Wednesday, 26 February 2014

Kelantan Dibelasah Yangon United

Kelantan dibelasah Yangon United

2014/02/27 - 08:19:36 AM

www.bharian.com.my

Pemain Kelantan, Muhamad Nazri Ahmad (kiri) berebut bola dengan pemain Yangon United, David Htan dalam saingan Piala AFC di Stadium Thuwunna, semalam.
Kuala Lumpur: Kelantan memulakan aksi Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dengan langkah kiri apabila tewas 5-3 kepada kelab dari Myanmar, Yangon United di Stadium Thuwunna, semalam.

Hanya diperkuatkan seorang pemain import, Obinna Nwaneri, hasrat The Red Warriors (TRW) meraih sekurang-kurangnya satu mata seperti dilakukan Selangor yang seri 1-1 dengan Arema dari Indonesia tidak tercapai, malah ketinggalan 3-0 di babak pertama.
Penyerang import tuan rumah, Emerson Reis Luis membuka jaringan pada minit ke-8, diikuti gol Kyaw Ko Ko pada minit ke-28 sebelum Emerson menambah derita Kelantan pada minit terakhir babak pertama.

Bersambung separuh masa kedua, pelawat mempamerkan kebangkitan dan berjaya melakar jaringan pertama menerusi pemain sayap, Wan Zaharulnizam Zakaria pada minit ke-47.

Aksi kedua 12 Mac ini

Bagaimanapun, Ko Ko melengkapkan hatrik dengan tambahan dua gol pada minit ke-52 dan ke-89 manakala ketua pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radzi meledak dua gol pada minit ke-63 dan ke-94.

Untuk aksi kedua 12 Mac ini, Kelantan akan beraksi di gelanggang keramatnya, Stadium Sultan Muhammad IV menentang South China dari Hong Kong.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...