Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Showing posts with label cara hidup. Show all posts
Showing posts with label cara hidup. Show all posts

Tuesday, 24 December 2013

Info Mengapa Wanita Sering Migrain?

Mengapa Migrain Sering Menyerang Wanita

Wanita sering di serang migrain, wanita dikatakan akan diserang migrain 3 kali ganda berbanding lelaki. Masalah ini disebabkan sifat wanita yang lebih banyak berfikir berbanding lelaki. Sebenarnya migrain boleh menyerang sesiapa sahaja individu yang berusia 10 hingga 40 tahun. Meskipun begitu, ia mungkin boleh berkurangan atau lenyap ketika pesakit mencecah usia 50 atau 60 tahun.
Migrain sering melanda wanita adalah di sebabkan hormon estrogen yang terdapat pada wanita lebih berbanding lelaki. Ketika wanita mencapai akil balighnya. Hormon estrogen akan meningkat. Di samping itu, wanita juga berkemungkinan untuk diserang migrain sama ada sebelum, selepas ataupun datang haid.
Di Malaysia, didapati sebanyak 51.9 peratus pesakit menghidap penyakit ini berpunca daripada ketegangan. Masalah ketegangan ini boleh dikurangkan dengan mengambil sedikit masa untuk rehat sebentar bila anda merasakan ketegangan terhadap diri anda. Lihatlah tumbuhan hijau dan menarik nafas untuk mendapatkan ketenangan di dalam diri anda.

go search :

Cantik Mata Idaman Semua

Hilangkan Tanda Hitam Bawah Mata

Tidur yang tidak cukup membuatkan kawasan mata akan menjadi kehitaman. Kekurangan tidur juga menyebabkan anda tidak bermaya ketika berada ditempat kerja. Sebagai Orang yang Kemas,Bergaya dan Sihat Itulah Wanita Malaysia masalah ini boleh menjejaskan imej anda.

Masalah anda ini, boleh diselesaikan dengan menggunakan 2 petua ini :
  1. Petua Pertama

  • Lemon Sebiji
  • Air Suam Segelas

    1. Perahkan lemon kedalam air suam, kacau ia sehingga sebati
    2. Setelah lemon dikacau dengan sebati didalam air suam tadi, sapukan air suam yang dicampur perahan lemon tadi di kawasan mata yang gelap anda
    3. Amalkan setiap hari

  1. Petua Kedua

  • Seuncang Teh
  • Peti Ais

    1. Simpankan uncang teh didalam peti ais selama 10-15minit
    2. Setelah uncangan teh yang disimpan sudah sejuk, letakkan pada mata selama 10-15minit.
    3. Amalkan setiap hari (seuncang teh boleh digunakan berulang-ulang kali)

      go search

Monday, 23 December 2013

Kawan Prather

Cara Hidup Berjiran

  1. Sentiasa menghormati dan berbuat baik terhadap jiran. “Hendaklah ia berperilaku baik terhadap tetangganya.”(Muttafaq’alaih).
  2. Jangan merosakkan harta dan bangunan yang dibina janganlah mengganggu jiran.
  3. Memelihara hak-hak jiran dan saling bantu-membantu. Rasulullah s.a.w bersabda, sebagaimana di dalam hadis Abu Hurairah r.a : “….Barangsiapa yang beriman kepada allah dan hari akhir, maka hendaklah ia memuliakan tetangganya.”
  4. Tidak melakukan sesuatu yang mengganggu jiran. Membuat kekotoran, bunyi bising dan sebagainya. “Demi Allah, tidak beriman; demi Allah, tidak beriman; demi Allah, tidak beriman! Nabi ditanya : Siapa, wahai Rasulullah? Nabi menjawab : “Adalah orang yang tetangganya tidak merasa tenteram kerana perbuatan-nya.” (Muttafaq’alaih).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...