Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Showing posts with label cric info. Show all posts
Showing posts with label cric info. Show all posts

Tuesday, 24 December 2013

Info Memutihkan Muka Gelap

Petua Memutihkan Muka Yang Terbakar


go search :

Aktiviti harian anda mungkin berhadapan dengan cuaca panas setiap hari @ percutian keluarga anda yang membuatkan kulit muka anda terbakar dan kelihatan gelap dari biasa. Mungkin anda malu untuk berhadapan dengan perubahan ini, jangan risau dan segeralah merawatinya.
Untuk menjadikan anda Kemas, Bergaya dan Sihat Itulah Wanita Malaysia caranya mudah, anda boleh mencubanya dengan menyediakan :

  • Sebiji Kentang Berserta Kulit
  • Perkakas Masakan
    1. Kukuskan kentang sehingga betul-betul lembut
    2. Setelah kentang betul-betul lembut, lenyek kentang sehingga halus
    3. Kentang yang dilenyek disapukan ke bahagian muka yang terbakar
*sapukan semasa malam sebelum anda tidur
    1. Selamat Mencuba


Info Mengapa Wanita Sering Migrain?

Mengapa Migrain Sering Menyerang Wanita

Wanita sering di serang migrain, wanita dikatakan akan diserang migrain 3 kali ganda berbanding lelaki. Masalah ini disebabkan sifat wanita yang lebih banyak berfikir berbanding lelaki. Sebenarnya migrain boleh menyerang sesiapa sahaja individu yang berusia 10 hingga 40 tahun. Meskipun begitu, ia mungkin boleh berkurangan atau lenyap ketika pesakit mencecah usia 50 atau 60 tahun.
Migrain sering melanda wanita adalah di sebabkan hormon estrogen yang terdapat pada wanita lebih berbanding lelaki. Ketika wanita mencapai akil balighnya. Hormon estrogen akan meningkat. Di samping itu, wanita juga berkemungkinan untuk diserang migrain sama ada sebelum, selepas ataupun datang haid.
Di Malaysia, didapati sebanyak 51.9 peratus pesakit menghidap penyakit ini berpunca daripada ketegangan. Masalah ketegangan ini boleh dikurangkan dengan mengambil sedikit masa untuk rehat sebentar bila anda merasakan ketegangan terhadap diri anda. Lihatlah tumbuhan hijau dan menarik nafas untuk mendapatkan ketenangan di dalam diri anda.

go search :

Cantik Mata Idaman Semua

Hilangkan Tanda Hitam Bawah Mata

Tidur yang tidak cukup membuatkan kawasan mata akan menjadi kehitaman. Kekurangan tidur juga menyebabkan anda tidak bermaya ketika berada ditempat kerja. Sebagai Orang yang Kemas,Bergaya dan Sihat Itulah Wanita Malaysia masalah ini boleh menjejaskan imej anda.

Masalah anda ini, boleh diselesaikan dengan menggunakan 2 petua ini :
  1. Petua Pertama

  • Lemon Sebiji
  • Air Suam Segelas

    1. Perahkan lemon kedalam air suam, kacau ia sehingga sebati
    2. Setelah lemon dikacau dengan sebati didalam air suam tadi, sapukan air suam yang dicampur perahan lemon tadi di kawasan mata yang gelap anda
    3. Amalkan setiap hari

  1. Petua Kedua

  • Seuncang Teh
  • Peti Ais

    1. Simpankan uncang teh didalam peti ais selama 10-15minit
    2. Setelah uncangan teh yang disimpan sudah sejuk, letakkan pada mata selama 10-15minit.
    3. Amalkan setiap hari (seuncang teh boleh digunakan berulang-ulang kali)

      go search

Monday, 23 December 2013

Info Gagal Hamil Kerana Siapa?

Info Faktor Gagal Hamil Berpunca Daripada Suami

Keresahan sering terungkap di dalam diri seorang wanita yang bergelar isteri apabila mengalami kesukaran untuk mengandung setelah mendirikan rumah tangga bertahun-tahun. Ramai di kalangan wanita malu untuk menjalankan pemeriksaan bagi mengesan punca sebenar masalah mereka.
Mungkin anda tidak sedar, mungkin masalah ini bukan dari anda. Menurut pakar kesuburan dari Nottingham Fertility Clinic, Dr. Suhaimi Hassan menjelaskan, 20 hingga 30 peratus kegagalan hamilberpunca dari lelaki. Masalah itu disebabkan oleh suamiyang mengalami masalah kualiti air mani yang mana ia tidak mempunyaisperma.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan pada 2006, sebanyak 600,000 pasangan di Malaysia mengalami masalah kesuburan.
Terdapat tiga kaedah rawatan iaitu ovolution induction, permanian hadas dan rawatan persenyawaan tabung uji (IVF).

go search
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...