Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Showing posts with label stress management. Show all posts
Showing posts with label stress management. Show all posts

Tuesday, 24 December 2013

Info Memutihkan Muka Gelap

Petua Memutihkan Muka Yang Terbakar


go search :

Aktiviti harian anda mungkin berhadapan dengan cuaca panas setiap hari @ percutian keluarga anda yang membuatkan kulit muka anda terbakar dan kelihatan gelap dari biasa. Mungkin anda malu untuk berhadapan dengan perubahan ini, jangan risau dan segeralah merawatinya.
Untuk menjadikan anda Kemas, Bergaya dan Sihat Itulah Wanita Malaysia caranya mudah, anda boleh mencubanya dengan menyediakan :

  • Sebiji Kentang Berserta Kulit
  • Perkakas Masakan
    1. Kukuskan kentang sehingga betul-betul lembut
    2. Setelah kentang betul-betul lembut, lenyek kentang sehingga halus
    3. Kentang yang dilenyek disapukan ke bahagian muka yang terbakar
*sapukan semasa malam sebelum anda tidur
    1. Selamat Mencuba


Cantik Mata Idaman Semua

Hilangkan Tanda Hitam Bawah Mata

Tidur yang tidak cukup membuatkan kawasan mata akan menjadi kehitaman. Kekurangan tidur juga menyebabkan anda tidak bermaya ketika berada ditempat kerja. Sebagai Orang yang Kemas,Bergaya dan Sihat Itulah Wanita Malaysia masalah ini boleh menjejaskan imej anda.

Masalah anda ini, boleh diselesaikan dengan menggunakan 2 petua ini :
  1. Petua Pertama

  • Lemon Sebiji
  • Air Suam Segelas

    1. Perahkan lemon kedalam air suam, kacau ia sehingga sebati
    2. Setelah lemon dikacau dengan sebati didalam air suam tadi, sapukan air suam yang dicampur perahan lemon tadi di kawasan mata yang gelap anda
    3. Amalkan setiap hari

  1. Petua Kedua

  • Seuncang Teh
  • Peti Ais

    1. Simpankan uncang teh didalam peti ais selama 10-15minit
    2. Setelah uncangan teh yang disimpan sudah sejuk, letakkan pada mata selama 10-15minit.
    3. Amalkan setiap hari (seuncang teh boleh digunakan berulang-ulang kali)

      go search

Monday, 23 December 2013

Cara Imbangkan Kehidupan Anda

Imbangkan Diri Anda dengan 5 Langkah Mudah

Tekanan tugasan di tempat kerja sememangnya memberi kesan buruk terhadap kehidupan seharian anda. Jika anda sering dilanda masalah sudah tentu denyutan nadi serta jantung anda akan mengepam darah dalam keadaan tidak stabil, ini boleh mengakibatkan anda diserang penyakit darah tinggi dan migrain.
Untuk menjadi anda seorang Manusia yang Kemas,Bergaya dan Sihat Itulah Warga Malaysia. Anda perlu mengimbangkan kehidupan anda bagi mengelakkan berlakunya tekanan yang terlampau.

Ubahlah hidup anda dengan mengikut 5 langkah mudah ini :
  1. Ambil seketika masa lapang anda dan bertanya pada diri anda apakah yang hilang dalam hidup anda selama ini. Mungkin selama ini anda tidak nampak kekurangan anda , cuba mencarinya dan mengubah untuk menjadikan ia lebih baik.
  2. Tetapkan sasaran dan masa untuk mencapai sesuatu yang anda impikan. Pastikan matlamat yang anda impikan adalah realistic dan boleh dicapai.
  3. Senaraikan perkara yang perlu dilakukan untuk mencapai impian anda. Tetapkan ingatan untuk melakukan perkara mengikut kemampuan diri anda.
  4. Berkongsi cerita perubahan yang anda lakukan bersama rakan atau keluarga. Mungkin mereka tidak dapat membantu tetapi kata-kata semangat dari mereka mungkin memberi semangat kepada anda.
  5. Membuat penilaian diri terhadap diri anda sendiri. Tandakan tahap pencapaian perubahan anda sebagai contoh tahap kemarahan – 1 (dalam keadaan baik).

Sekian motivasi dari Cerita Kita Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...