Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Friday 28 February 2014

Henjutan juara Theo Bos

Theo Bos bersama Brown (dua dari kiri) dan Haller (dua dari kanan).
Taiping: Juara dunia lima kali, Theo Bos mula mempamer kejaguhannya selaku pakar pecut dengan menjuarai peringkat kedua Le Tour de Langkawi (LTdL) 2014 yang bermula dari Sungai Petani, Kedah ke Taiping, Perak, semalam.

Dalam perlumbaan sejauh 132.5 kilometer (km) itu, Bos yang mewakili pasukan ProTeam, Belkin Pro Cycling dilihat tidak bermasalah untuk meraih kemenangan dengan catatan masa tiga jam, 11 minit dan 11 saat.
Malah kemalangan yang berlaku pada 1km sebelum garisan penamat yang turut membabitkan beberapa pelumba pecut ternama seperti Andrea Guardini (Astana) dan Francesco Chicchi (Yellow Fluo) turut memudahkan kemenangan jaguh dari Belanda itu.

Tempat kedua menjadi milik rakan sepasukan Bos, Graeme Brown diikuti pelumba Katusha, Marco Haller yang menyaksikan ketiga-tiga kedudukan podium, menjadi milik pelumba ProTeam.

Banyak selekoh

“Saya sebenarnya tidak jangka ada terlalu banyak selekoh sebelum garisan penamat, jadi ia menjadi kelebihan buat kami kerana pasukan membuat keputusan untuk berada di depan ketika perlumbaan hampir berakhir.
“Saya juga boleh katakan kami bertuah kerana beberapa pelumba pecut terbabit dalam kemalangan dan sudah tentu saya gembira dengan kemenangan ini,” kata Bos yang tahun lalu memenangi dua peringkat awal sebelum menarik diri.

Selain beberapa insiden menuju garisan penamat, tiada elemen menarik daripada perlumbaan semalam melainkan pemecahan yang dibuat membabitkan pelumba negara, Abdul Rashid Ibrahim namun hanya bertahan sehingga kilometer ke-40.

Info : www.bharian.com.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...