Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Thursday 31 July 2014

80,494 unit rumah PR1MA untuk anda

80,494 unit rumah PR1MA dilulus pembangunannya

PR1MA
PUTRAJAYA - Sebanyak 80,494 unit rumah di bawah Projek Rumah 1Malaysia (PR1MA) diluluskan pembangunannya setakat ini dan separuh daripadanya akan mula dibina sebelum akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA Datuk Abdul Mutalib Alias berkata di Kedah lebih 3,000 unit rumah telahpun dibina manakala di Wilayah Persekutuan lebih 2,000 unit. 

"Sebanyak 4,000 unit dalam proses pembinaan di Negeri Sembilan dan di Johor pula 475 unit," katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Jelas beliau lagi jumlah permohonan yang diterima setakat ini sebanyak 600,000 dan buat masa ini pengundian belum dibuat bagi mana-mana projek.

Abdul Mutalib berkata semua projek PR1MA berjalan lancar dan projek pertama bakal diduduki pemohon berjaya dijangka di Kuala Ketil, Kedah.

"Bila proses pengundian dijalankan nanti pemohon-pemohon yang gagal boleh memohon untuk projek yang lain. Pemohon juga tidak perlu mendaftar lagi kerana pendaftaran sekali sahaja," katanya. 

PR1MA ditubuhkan mengikut Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana. 

Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM7,500. 

Mereka yang berminat dan layak digalakkan untuk mendaftar untuk menyertai pengundian rumah menerusi sistem pendaftaran PR1MA di PR1MA PRIMA - Bernama

Info : Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...