Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Thursday 3 July 2014

Elak makanan bersantan, kerabu bulan puasa

Elak makanan bersantan, kerabu

Ahmad Razin meninjau peniaga di bazar Ramadan pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, semalam
KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Kelantan mengenal pasti beberapa menu makanan perlu diambil secara berhati-hati pada bulan puasa bagi mengelak kes keracunan makanan.
Pengarahnya, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, berdasarkan tinjauan ke bazar Ramadan tahun lalu, 60.4 peratus makanan yang dianalisis tidak mematuhi peraturan.
“Berdasarkan Peraturan-peraturan Makanan 1985 iaitu dikesan mengandungi bakteria melebihi standard yang ditetapkan termasuk kuih-muih menggunakan santan mentah, kelapa parut, air minuman bancuhan, kerabu, rojak buah dan air tebu.
“Melalui pemantauan tahun lalu, 186 surat amaran dikeluarkan kepada pemunya atau pemilik premis,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan mesra di bazar Ramadan pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, semalam.
Bagaimanapun, Ahmad Razin berkata, melalui tinjauan di bazar Ramadan semalam, peniaga didapati mematuhi peraturan ditetapkan termasuk memakai apron dan menutup makanan.
Katanya, pihaknya sentiasa membuat teguran kepada peniaga dan pembantu supaya mematuhi peraturan pemakanan.
“Melalui tinjauan termasuk di daerah, pegawai penyiasat mendapati mereka mempunyai kad pemeriksaan kesihatan dalam semakan," katanya.
Sementara itu, berhubung kes denggi di negeri ini, beliau memaklumkan pihaknya telah menyerahkan laporan kepada kementerian.
“Kita akan menubuhkan jawatan kuasa khas untuk mengadakan gerakan dengan Majlis Keselamatan Negara bagi menangani isu denggi,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...