Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Thursday, 3 July 2014

Felixia Sudah Islam

Felixia lafaz syahadah

KUALA LUMPUR, 3 Julai:

Felixia Yeap menyumpurnakan lafaz dua kalimah syahadahnya  di sebuah masjid di Taman Tun Dr. Ismail jam 6.30 petang tadi.

Pengumuman itu dibuat di laman Facebooknya yang mempunyai hampir 80,000 pengikut.

“Jam 6.30 petang tadi saya telah selamat mengucap syahadah saya di sebuah masjid di TTDI.

“Alhamdullilah, selamat bergelar seorang Muslimah walaupun diberi dugaan hari ini,” tulisnya.

Malah dia juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakannya yang hadir untuk memberi sokongan terhadap penghijrahannya itu.

“Amat bersyukur dengan kawan-kawan yang hadir tadi,” tulis figura berusia 28 tahun itu.

Sebelum ini kekeliruan berlaku pagi tadi apabila pihak media telah dimaklumkan mengenai lokasi dan waktu palsu Felixia akan melafazkan syahadah.

Dia bagaimanapun tampil memberi penjelasan yang mahukan privasi buat dirinya ketika mengucap syahadah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...