Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Thursday 3 July 2014

Ini Serius Almy Nadia hamil !!

Almy Nadia hamil

KUALA LUMPUR, 4 Julai:

Pelakon, Almy Nadia diberitakan hamil setelah lebih dua bulan melayari rumah tangga bersama suaminya yang juga pelakon popular, Fizz Fairuz.

Perkara itu dikhabarkan oleh bekas peserta Gadis Melayu, Aida yang memuat naik gambar serta kapsyen yang mengiyakan berita itu.

“Tahniah di atas berita kehamilan anda. semoga dipelihara kesihatan dan dipermudahkan segara urusan. Amin,” tulisnya di laman Instagram miliknya.

Pasangan itu bernikah pada 26 April lalu di kampung halaman Almy, Masjid Balik Pulau selepas solat asar.

Almy, 27 tahun dan Fizz, 34 tahun sebelum ini telah menjalin hubungan cinta selama lapan tahun kemudian mengikat tali pertunangan pada 22 Oktober 2013.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...