Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Friday 19 December 2014

Artis Cantik Sari Yanti Gigih Mengapai Impian

Pada 9 November lalu, pelakon Sari Yanti Mohamad Nazari mencapai usia 30 tahun. Hari indah itu disambut dengan penuh syukur dan tidak putus-putus berdoa semoga perjalanan hidupnya dirahmati Allah.
Meskipun tidak lepas dengan dugaan, Sari Yanti menyifatkan kehidupannya sungguh indah, apatah lagi dianugerahkan dua zuriat, Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 3, yang menjadi sumber kekuatan dirinya.
Dia akui terasa dirinya semakin tua apabila usia masuk 'tiga siri'. Dalam jenaka, Sari Yanti akui apabila melihat cermin boleh nampak kedutan pada bahagian mata dan ia mengingatkan dirinya supaya sentiasa bersyukur serta menghargai apa yang dia ada sekarang.
"Biar apapun dugaan yang datang, saya tahu Allah menyayangi saya. Buktinya, saya diberi kehidupan bagus dan dianugerahkan dua anak yang baik. Itu sudah memadai dan membahagiakan," katanya mesra.
Berkongsi lanjut perihal peningkatan usia, Sari mengakui masih ada beberapa impian belum dicapai, namun dia tidak sesekali patah semangat.
Dia sedar bukan semua yang diidam manusia mudah diperoleh, malah ada antaranya perlukan usaha berganda dan menuntut lebih kesabaran.
"Kalau boleh, pada usia 30 tahun kita mahu stabil dalam serba serbi, terutama ekonomi. Adatlah kalau ada yang tidak dapat dicapai dan saya kena berusaha lebih lagi.
"Saya yakin jika berusaha, tidak mustahil ia dapat direalisasikan. Bezanya, cepat atau lambat saja. Jadi kena sabar dan tidak boleh putus doa.
"Mana sasaran yang tidak capai pada usia 30 tahun, saya bawa ke tahun berikutnya dan begitulah seterusnya," katanya.
Antara impiannya yang belum tercapai adalah mengembangkan karier sebagai penerbit. Tahun lalu, produk pertama terbitannya, Pengancam Perkahwinan yang disiarkan di Astro Ria dan Astro Maya mendapat sambutan hangat, sekali gus menyuntik keyakinannya untuk terus melebarkan sayap dalam bidang itu.
Katanya, tahun ini dia tak sempat fokus pada kerja-kerja penerbitan kerana sibuk berlakon dan mahu fokus dengan penerbitan semula, tahun depan.
"Saya ada perancangan dan kini meneliti beberapa skrip bagus. Bagaimanapun, saya kena kaji juga pasaran tahun depan dan ambil kira selera penonton.
"Saya pun masih dalam proses belajar dan kena berguru dengan mereka yang lebih berpengalaman dalam bidang ini," katanya.
Sebagai pelakon, Sari bersyukur kerana tawaran tidak pernah putus, malah dia kini terikat dengan penggambaran drama Cinta Si Egois untuk Hyppe TV yang dijangka tamat penghujung bulan depan.
Sepanjang penggambaran ini dia menerima beberapa lagi tawaran, namun terpaksa ditolak berikutan tidak suka melakukan lebih daripada satu kerja dalam satu masa.
"Alhamdulillah, rezeki saya dalam bidang lakonan murah, malah ada yang terpaksa saya tolak bagi mengelak pertindihan jadual.
"Saya memang tak suka terkejar-kejar dari satu lokasi ke lokasi lain. Bagi saya, baik fokus pada satu produksi dan apabila habis penggambaran, masuk pula produksi baru.
"Kadangkala sayang juga sebab watak ditawarkan itu memang saya idamkan dan berbeza dari yang pernah saya jayakan sebelum ini tetapi apakan daya, saya ada komitmen lain.
"Tak mengapalah, mungkin bukan rezeki saya. Insya-Allah ada rezeki lain dan kita kena percaya dengan apa yang Allah atur, itu yang terbaik buat kita," katanya yang baru muncul dalam telefilem Takkan Melupakanmu menerusi slot Cerekarama TV3.
Sari juga sedia berkongsi rezeki dengan pengikutnya di laman sosial Instagram untuk mempromosi produk atau perniagaan.
Baginya, tiada apa yang perlu dipertikaikan dan dia sedia berkongsi meskipun ada ketika berasa kurang selesa berikutan terlalu banyak 'iklan percuma'.
Katanya, dia tidak pernah menegur peminat atau melenting, sebaliknya menganggap ia bantuan secara tidak langsung kepada orang lain.
"Pada saya, apa yang mereka buat tidak salah, cuma kena berpada-pada. Jangan sampai setiap gambar nak promosi, semak pula mata yang memandang. Mungkin saya tidak kisah, tetapi mungkin pengikut Instagram saya yang lain tidak selesa.
"Saya pun bukan ramai sangat pengikut, oleh itu mungkin promosi percuma di Instagram saya tidak sebanyak artis lain, jadi saya tak kisah. Pendekatan saya selama ini, kalau tak suka, blok saja, tak perlu melenting atau marah.
"Cuma saya akan padam promosi produk kecantikan dan kesihatan yang menjadi pesaing kepada produk Ratu Dara. Sebagai duta produk ini, saya kena ambil serius," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 November 2014 @ 5:05 AM
- See more at:Pada 9 November lalu, pelakon Sari Yanti Mohamad Nazari mencapai usia 30 tahun. Hari indah itu disambut dengan penuh syukur dan tidak putus-putus berdoa semoga perjalanan hidupnya dirahmati Allah.

- myMetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...