Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Friday 19 December 2014

Maritza Seronok Menjaga Anak Kembarnya

Melihat wajah dan tubuhnya, pasti ramai tidak menyangka pelakon telenovela ini berusia 39 tahun. Sama seperti kebanyakan wanita, Maritza Rodriguez sangat menitikberatkan kecantikan dan mengawal berat badannya. Pelakon ini yang mula mencipta nama menerusi telenovela Angel Rebelda pada 2003 berkahwin dengan Joshua Mintz sekitar Jun 2005 dan dikurniakan sepasang anak kembar pada 12 April lalu.
Walaupun bersalin enam minggu lebih awal dari tarikh jangkaan, Maritza tidak mengalami sebarang komplikasi, malah zuriatnya juga sihat.
Maritza serta suaminya yang berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Eksekutif Telemundo Studios menamakan anak mereka Akiva dan Yehuda. Sekian lama hidup berdua, akhirnya rumah tangga pasangan romantik ini diserikan dengan kehadiran anak kembar.
"Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa gembiranya saya apabila disahkan hamil. Saya hanya berkongsi berita gembira ini dengan media ketika kandungan berusia tujuh bulan.
"Saya bertarung nyawa untuk melahirkan Akiva dan Yehuda namun segala kesakitan hilang sebaik menatap wajah mereka.
"Itulah ajaibnya menjadi ibu, malah saya tidak sabar-sabar mahu pulang ke rumah untuk menguruskan anak. Melihat mereka membesar buat saya terfikir mahu bersara dari dunia lakonan, namun ia bukan keputusan mudah," kata Maritza.
Walaupun suaminya mampu menampung mereka sekeluarga, Maritza sukar meninggalkan kerjaya yang sebati dengan dirinya.
Merancang kembali berlakon dalam masa terdekat, Maritza berusaha menurunkan berat badannya supaya kembali langsing. Mengamalkan pemakanan sihat serta rutin senaman teratur, itu senjata utamanya dalam mengekalkan kecantikan selama ini.
"Sejak berkahwin, saya dan suami berharap cepat dikurniakan zuriat. Bukan tidak berusaha tetapi mungkin terlalu letih bekerja antara punca mengapa saya tidak hamil.
"Setiap kali mempunyai projek besar, saya terpaksa merancang kerana tidak mahu komitmen kerja terganggu. Sebaik disahkan hamil, saya tidak peduli lagi soal kerja.
"Menjaga kandungan saya lebih penting ketika itu. Saya akui, menguruskan anak kembar sangat sukar. Apabila seorang mula menangis, yang seorang lagi pasti menangis juga. Namun manisnya, dengan tangisan, rumah kami tidak sunyi lagi," tambahnya.
Berikutan popularitinya sebagai pelakon telenovela, Maritza menerima Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Karier dalam majlis Anugerah Too Much. Kebolehannya berbahasa Inggeris turut memberi memberi kelebihan apabila dia berpeluang mencipta nama di Hollywood.
Mengulas pengiktirafan itu, Maritza dengan rendah diri berkata, jika dibandingkan dengan dirinya, ramai lebih layak menerima anugerah berkenaan.
"Saya gembira diberi anugerah ini. Bukan mudah pelakon menambat hati penonton dan buat mereka terus setia dengan kita. Mungkin ada sesuatu dalam diri yang saya sendiri tidak nampak.
"Tepukan penonton menjadi tanda aras kerja kita bagus atau sebaliknya. Andai tepukan gemuruh yang kita terima, bermakna persembahan kita bagus. Kalau hanya sedikit bertepuk tangan, kita bukan orang yang layak menerima anugerah itu," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Disember 2014 @ 5:02 AM
- myMetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...